Nuffnang

Penaja

Rabu, 31 Julai 2013

Berkeliling


Berkeliling
Anak yang
Bukan anakku
Bisingnya amat
Sayangku sangat
Buah hati
Keluarga besarku
Semoga gembira
Tak kira waktu
Walau kecohnya
Sepusing
Bazar
Di Pantai Dalam
Melihat rencah ragam
Segala umat
Mencari sinar kehidupan
Mengajar mereka
Makna kehidupan
Payahnya kehidupan.

Kampung Kerinchi
31 Julai 2013


Memburu Malam Sunyi


Memburu malam sunyi
Sekali lagi
Belum ditemui
Gagal dikecapi
Tuhan sengaja sembunyi
Bagai teka teki
Untuk sama dinikmati
Entahkan bila lagi
Semoga kita dirahmati.

Kampung Melayu Subang
31 Julai 2013


Selasa, 30 Julai 2013

Dunia Gelita


Berkurun rasanya
Aku tercampak
Ke dunia gelita ini
Buta pandangan
Buta perbuatan
Entah sejak bila
Aku berada di sini
Sejak mulakah?
Atau aku
Yang berkehendakkannya?

Dunia gelita
Tanpa pancaindera
Berdiri memasung diri
Berbaring pun tak dirasai
Bagai menunggu mati
Atau ada yang perlu
Ku nanti?

Dunia gelita
Merindu
Segala
Berbaki masa entah bila.

Kampung Melayu Subang
30 Julai 2013


Sayang, Maafkan Abang


Sayang,
Tahun ini
Telah kita bersama
Takdir
Mengemudi
Kisah cinta kita
Kasih yang bertaut
Bertahun dulu
Kita simpulkan
Menjadi ikatan
Tak terlerai
Selagi nyawa
Dikandung badan.

Sayang,
Tahun ini
Kisah duka telah
Tercoret
Di kala
Kita bersama
Menyulam berita
Gembira dari Syurga
Tak tahu mengapa
Bagai direnggut
Nyawa
Putus nafas
Putus harapan.

Sayang,
Maafkan abang,
Tanggungjawab
Yang memberat kini
Terpaksa dikongsi.

Sayang,
Maafkan abang,
Di atas gelombang
Yang menghentam
Bahtera cinta kita
Tak sudah kini
Semoga kita
Kekal utuh
Bersama
Menempuh dugaan
Ini
Ke akhirnya.

Sayang,
Maafkan abang
Tahun pertama
Kita bersama
Tiada apa
Yang dapat disediakan
Tiada apa
Yang dapat dibanggakan
Tiada apa
Yang dapat.....
Maaf.....

Kampung Melayu Subang
30 Julai 2013


10 Malam Terakhir


Sesak nyawa
Bukan sebab sakit
Bukan sebab alah
Tapi sebabkan
Asakan manusia
Bagai esok akan
Berhari raya
Walau masih
Jauh lagi masanya.

Tidak kisah lagi
Lelaki perempuan
Bagai dalam
Perhimpunan haram lagaknya
Dirempuh tak dihirau
Yang bawa anak
Dicicirkan
Yang bawa suami
Dilepaskan
Asal dapat
Apa diidamkan
Berbuih mulut
Mabuk belanja
Apa yang dijinjing
Tak pula berenggang. 

Setelah puasa mengajar
Untuk kita
Menunduk nafsu
Sekarang terpampang
Wajah siapa
Yang menunduk malu.

Telah berpesan Nabi
Seribu tahun yang lalu
Burulah syafaat
10 malam terakhir
Ramadhan
Kerna
Terselit antara malamnya
Yang terlebih baik
Dari seribu bulan
Tapi,
Mungkin pesan itu
Berlalu lapuk kiranya
Yang diburu kini
Jualan dan barangan
Bukan lagi
Malam seribu bulan.

Kambung Melayu Subang
30 Julai 2013


Isnin, 29 Julai 2013

20 Hari Ramadhan

  

20 hari sudah berlalu
Berbaki tidak
Lama sahaja lagi
Kita mulakan
Pada hari pertama
Penuh berat
Dilaksanakan
(Akuinya sahaja)
Perlahan-lahan
Dijalani
Dan akhirnya
Dalam senyap
Ramadhan akan berlalu
Sedih atau gembirakah
Di dalam hati kita?
Sempatkah bertemu lagi
Pada Ramadhan
Akan datang?
Sayu..

Kampung Melayu Subang
29 Julai 2013


Lembu Dapat Nama



Bagaikan
Lembu
Dicucuk hidung
Arahkan saja
Ke mana arah
Akan diturut
Tanpa banyak bantah
Asal makan dijaga.

Samalah seperti
Manusia
Demi makan sesuap
Periuk penuh beras
Lauk tak putus
Tak mengapa
Bersaudara
Lembu kira-kiranya
Dicucuk
Ditarik
Ke kiri
Kiri perginya
Ke kanan
Kanan perginya
Kebanggaan manusianya
Tak mengapa dibuang.

Paling tidak
Lembu yang
Hilang upaya
Direbahkan
Ada yang berebut
Untuk 'turpedo'nya
Alang manusia
Direbah
Apa yang ada?

Manusia punya kerja
Lembu juga dapat nama
Megah seantero
Benua.

Kampung Melayu Subang
28 Julai 2013


Ahad, 28 Julai 2013

Nyamuk Tak Bersalah?



Nyamuk tak bersalah?
Usah dikerutkan dahi
Sebegitu rupa
Saudara saudari,
Ini perkara
Benar terjadi
Mungkin dalam
Sedar separuh khayalnya
Terkeluar
Segala
Kalut jiwa
Atau
Bodohan belaka.

Nyamuk tak bersalah?
Akal pendek yang
Bergerak nakal
Akan pantas
Berhamburan
Hilai tawa
Bukan tahu pun
Menilai intan permata
Melihat dari luar kulit
Tak mampu membedah
Apa yang terpampang
Itu sahaja nilainya.

Nyamuk tak bersalah?
Memang,
Nyamuk tak bersalah
Hanya orang
Yang gila
Hilang warasnya
Marahkan nyamuk
Kerana tiada
Ia tahu
Apa gunanya
Untuk
Berkelambu.

Kampung Melayu Subang
28 Julai 2013


Sabtu, 27 Julai 2013

Goncangkan Dunia Ini!


Goncangkan
Dunia ini!

Sedang asyik
Mereka nikmat
Memenggal
Kedamaian
Rampas kembali
Apa yang hak
Diletak duduknya
Kembali.

Goncangkan
Dunia ini!

Sedang asuhan
Iblis itu
Masih takut
Mati,
Korbankan jiwa
Demi keadilan
Hakiki!

Goncangkan
Dunia ini!

Jangan takut mati
Sesudah engkau
Rasa nikmatnya
Nanti
Semua akan menyusul
Mengikuti!

Kampung Melayu Subang
27 Julai 2013


Jumaat, 26 Julai 2013

Telanjangkan Saja


Telanjangkan saja
Kulit manusia mu
Sekiranya
Sedikit pun
Tiada
Berbelas kasih
Pada selain diri mu
Kelak
Mati mu
Tiada bergolek
Berkafan
Jatuh ke liang.

Telanjangkan saja
Tulang manusia mu
Sekiranya
Sedikit pun
Tiada
Berangka akal
Dalam setiap tindak
Kelak
Hidup mu
Tiada menyenangkan
Bermanafaat
Baris ke titian.

Telanjangkan saja
Hidup manusia mu itu
Berikan pada
Binatang
Yang lebih
Seribu kali
Baik dari
Hati perut mu!

Kampung Melayu Subang
26 Julai 2013



Susuk Tua Itu


Mengatur tapak
Berteduh redup
Dari asak hujan
Yang manja
Telah
Mempertemukan aku
Dengan
Susuk tua itu
Bagai telah dijanjikan
Pertemuan yang
Telah ditakdirkan.

Alah si anak
Menghulur salam
Tanda hormat
Disahut lembut
Lantas
Dia bersuara
"Anak asal mana?"
Mempatri
Hubungan yang sebentar
Baru terjalin
"Anak asal sini sahaja"
Jawab ku cuba
Melerai hubungan
Yang pada ku mungkin
Menutup bual cara.

Tak ku sedari
Dalam hujan
Yang lembut
Merintik
Aku dan susuk tua
Itu
Begitu mesra
Bertukar bicara
Sedang tadi
Aku ingin pantas
Mematikan rentak bicara
Kerana kesejukan
Menanti redanya hujan
Kerana kekosongan
Menahan asakan ujian.

Memang ini
Takdir pertemuan
Sesudah aku
Hampir alah
Dalam pertembungan
Sesal dan putus harap
Makin bersarang
Datang bantuan Tuhan
Memecah setiap persoalan
Walau yang ku harap
Jalan penyesalai.

Terima kasih
Ya Tuhan,
Sebelum aku sempat sujud
Memohon bantuan
Kau utuskan
Sayang-Mu
Dialirkan
Ke susuk tua itu
Memberi akal
Ruang bernafas
Mencerah penglihatan
Mencari denai
Kembali lurus
Dalam pertembungan.

Kampung Melayu Subang
26 Julai 2013

Khamis, 25 Julai 2013

Ini Janji Kita Bersama


Ini janji
Kita bersama!

Ketika saudara
Sedarah
Bertempur
Menegakkan
Yang hak
Kita masih
Terkial-kial
Mudah dibodohkan
Dengan sandiwara
Penyamun
Yang hidupnya
Menyesatkan
Sehingga terlerainnya
Ikatan persaudaraan
Gara-gara
Kita masih termanggu
Menghadap
Akhbar penyesat zaman
Mati tak bertindak!

Ini janji
Kita bersama!
Setelah tiada lagi
Ruang
Untuk runding bicara
Setelah tertutup rapat
Untuk sidang muafakat
Kita bariskan sahaja
Kekuatan
Untuk melawan
Setan yang diternak
Biar sampai
Tumbang
Selagi tidak,
Jangan sesekali
Berani
Mengaku menjadi manusia!

Ini janji kita bersama!
Untuk saudara kita di sana!
Untuk menyatu bersama!
Ayuh!
Jangan sesekali lupakan
Janji kita ini!
Turun!
Untuk bangkit
Melawan!
Ini sahaja
Kemampuan kita!
Penebusan kelalaian kita!

Kampung Melayu Subang
25 Julai 2013


Bangsa Bermaruah


Telah berkurun lamanya
Roboh sudah
Empayar Melaka
Dengan penuh
Hodoh
Direnggut takhta
Hanya kerana
Membela
Penyangak
Yang menyamun
Harga maruah diri
Bergelut hingga
Bertemu maut
Gagal berkali
Kalih tak sudah
Daulatnya
Susut
Hingga di bawa
Ke liang kubur.

Telah berabad lamanya
Hidup
Dalam pengabdian
Akal dan jiwa
Dibelunggu
Hinggakan musuh
Dikenal wira
Hinggakan wira
Dikenal musuh
Diburu lagaknya
Anjing tak bermaruah
Hanya untuk
Memuas hati
Si Tuan
Tak dihirau
Bangsa yang telah
Bangsat
Asal dirinya nikmat.

Telah bertahun lamanya
Kononya telah bebas
Si penjajah
Lama telah pulang
Masih ada
Petualang
Mengganti
Mengabdikan
Anak bangsa
Hingga
Tak tahu
Bagaimana hendak
Berdiri
Inikan pula
Hendak berlari
Terbang di langit tinggi
Mimpi.

Bangkitnya
Bangsa bermaruah
Perlukan masa
Ya,
Walau terbukti
Masih ada yang
Dibuai mimpi
Bila lagi?
Kita mengatur langkah
Seiring rumpun
Yang lebih bermaruah
Cantaskan saja
Pucuk pemalas
Dahan penakut
Akar pemimpi
Pohon penyundal
Kita bonsaikan
Kembali
Pohon bangsa
Yang lebih rendang
Demi mendapat
Cahaya menerangi
Akar bangsa
Yang bermaruah!

Kampung Melayu Subang
25 Julai 2013


Ini Skandal



Ini skandal
Lama telah
Berlubang
Bercantuman dari
Celah-celah
Hati yang
Layu dengan
Pujuk dunia
Kedu dengan
Rayu nafsu
Sedang
Penyesat
Habis dibelenggu,
Waris di bumi
Lagak teruknya
Kalah mahaguru.

Siapakah antara kita
Yang berdekah
Tawanya nanti?

Ini skandal
Dirancang dari dahulu
Mata-mata yang ragu
Hati-hati yang dungu
Diri yang tiada malu
Bagai dikhayal candu
Diturutnya saja
Seperti lembu.

Kampung Melayu Subang
25 Julai 2013


Rabu, 24 Julai 2013

Sebelum dan Sesudah Waktu


Ramai sungguh
Manusia yang
Berbondong
Bertali arus
Ketika
Semakin dekat
Waktu
Semakin
Berganda
Perilaku
Hingga menyebabkan
Ada yang terperosok
Terhimpit
Di sebalik
Kepit bahu yang bercampur bau
Kepit dada yang berselaput dara.

Sesudah
Melepasi waktu
Datanglah seru
Tidak ramai pula
Yang ingin bersatu
Menghadap
Tuhan Yang Dirindu
Semakin dekat
Waktu untuk memburu
Malam mulia segala ibu
Semakin ramai
Yang berburu
Di celah
Hiruk pikuk
Berniaga
Yang haru biru
(Termasuklah juga diriku)
Malu...

Kampung Melayu Subang
24 Julai 2013

Tangis Berdarah

Gegar bumi
Menggoncang
Mengejutkan
Masing-masing dari
Segenap pelusuk
Takjub
Mati akal
Mati langkah
Tak tahu kesudahan
Walau kedengaran
Nyaring suara
Tangis berdarah
Bukan buatan
Yang pasti
Ramai yang
Tak ambil
Kisah.

Benarlah kita ini
Manusia tiada berjiwa.

Kampung Melayu Subang
24 Julai 2013


Selasa, 23 Julai 2013

Lari

Larilah!
Sepantas mana
Semahu mu
Dari hujung dunia
Ke hujung dunia
Kerahlah
Kudrat mu
Semahu
Agar tidak dapat
Diikuti jejak
Lari mu itu
Kelak
Sembunyi
Sesudah penat
Berlari
Ingin ku lihat
Sejauh mana
Kau mampu
Untuk berdiri
Menyambung lari mu kah?
Atau akan
Menyembah menyerah diri!

Kampung Melayu Subang
23 Julai 2013


Amarah Bumi


Muntah
Isi dunia
Yang membuak
Mengalir lesu
Beribu tahun
Yang lalu
Kini
Makin
Deras menyesak
Pantas menggasak
Ganasnya
Tidak tertanggung
Tidak tertahan.

Mungkin
Ada yang berkata
Bahana tuhan
Membalas
Tiap butir
Perilaku
Manusia
Dan ada juga
Tak endah
Bagai isi
Perutnya terasing
Mendap ke usus
Selamanya
Hanya sibuk
Mengira
Untung sedap
Perut dan dibawahnya.

Amarah bumi
Terus membuak
Memuntah isinya
Menunjuk siapa tuan
Kepada
Si tuli
Yang tak pernah
Belajar
Dari silap
Mereka yang
Telah
Lama musnah.

Kampung Melayu Subang
23 Julai 2013


Mara! ( Menuntut Bersama Saudara Kita )


Kita bersama
Berkerumun
Di sebalik
Gelombang yang
Bertali arus
Berantaian
Sesak nafas
Kita menuntut
Bersama
Bersemangat
Walau bakal
Berdepan
Beribu getir
Dan cabaran
Apa yang hendak
Dikisahkan?
Kita sememang akan
Merempuh
Bersama!

Ayuh kita!
Mara!
Merampas
Kembali
Apa yang
Dirampas!

Ketika kita
Sedang bangkit
Perlahan dahulu
Ingatlah,
Ramai yang berkorban,
Ramai yang terkorban,
Sedang antara kita
Hanya memerhati sahaja
Kerna dihantui ketakutan
Dahulu,
Tetapi
Kini
Kita kumpulkan segala
Kita tebus
Semula
Ketakutan yang
Dahulunya
Membantut
Kita hayunkan!
Kita gegarkan semula
Dunia!
Atas korban
Mereka yang
Memulakan!

Ayuh!
Kita mara
Sekali lagi!
Yang mendahului
Jangan kita siakan
Dunia yang
Bakal kita warisi
Kita bersama
Terangi!

Kampung Melayu Subang
23 Julai 2013




Isnin, 22 Julai 2013

Tanah Yang Dijanjikan (Didekasikan pada Saudaraku di Mesir yang menentang kudeta ketika ini)


Sejak dari
Lampau
Menanti
Janji untuk
Dipenuhi.

Moyang kami
Berjuang
Menuntut
Untuk haknya
Yang perjanjian
Telah dimungkiri
Janji yang telah kau
Bawa lari.

Sekarang
Tanggungjawab
Pada cicitnya
Menuntut
Kerana moyang kami
Dahulu
Lembut menuntut
Melukut
Tak seperti
Kami cicitnya sekarang
Telah lama
Hilang budi pekerti
Tiada lagi
Jati diri
Dibuang adab bestari
Semua ini
Mengapa?
Kerana selama
Berlembut
Yang diatas takkan
Mahu menunduk
Yang dibawahnya
Dipijak selumat remuk.

Demi
Tanah yang dijanjikan
Kami tuntut kembali
Seperti
Moyang kami
Yang dulunya kau
Mungkiri janji
Sekarang
Tidak lagi
Kamilah pengganti
Hingga ke titis
Nyawa yang terakhir
Takkan dihenti
Andai tercerai
Masih ada yang
Akan mengganti
Menggegar
Menuntut janji
Lebih hebat dari kami
Sekiranya kau
Terus mungkiri.

Ingat!
Janji yang kau mungkiri
Walau moyang kami
Telah lama menyepi
Masih ada
Berterus generasi
Akan menghentak
Belakang badanmu
Ke bumi!
Melunaskan janji
Yang berkurun kau
Mungkiri!

Ini janji kami
Yang pasti!

Kampung Melayu Subang
22 Julai 2013


Ahad, 21 Julai 2013

Angin Sesat


Langkah yakin
Yang diatur
Pantas
Penuh gagah
Dicapai
Kemudi utuh
Yang dianggap
Tererat akrab
Tak mungkir
Belayar
Menuju
Ke pulau cita.

Ilmu
Segala
Disiap memenuh
Susuk
Layar takkan runsing
Membadailah
Sekali pun bah
Arah
Takkan berpaling.

Sedang yakin
Raut mimpi
Bersulam membentuk
Terlupa
Yang dunia luas
Perlu diperhatikan
Bukan sekadar
Di depan mata
Terpampang
Masih ada
Jauh tersorok.

Angin sesat
Yang membawa
Jika tak kena
Langkah atur
Terbawa arus
Menongkah patah
Terlungkup
Terus ke dasar
Itu pun
Jika mahu
Diendah.

Pulau cita
Jauh terbentang
Senang
Digapai
Oleh mata
Oleh tangan
Tercapanya
Tidak.

Sesekali menghembus
Angin sesat
Membawa
Diharung juga
Yakinnya
Pada layar
Di sebatang
Reput mimpi.

Angin sesat
Tetap membawa
Walau sesekali
Terkadang
Kerap
Memaksa.

Sampainya pasti
Ke tanah yang diimpi
Bantu
Dari angin sesat.

Cuma,
Adakah masih tersisa
Kudrat melangkah
Menjijak?

Kampung Melayu Subang
21 Julai 2013



Salahkan Saja Pada Tuhan


Ah!
Tersungkur
Tersadung
Salahkan saja pada tuhan
Nanti,
Mengapa?
Usah sedikit pun
Ditanya!

Ah!
Tercedera
Terhiris
Salahkan saja pada tuhan
Nanti,
Mengapa?
Usah sedikit pun
Ditanya!

Ah!
Tergagal
Tersalah
Salahkan saja pada tuhan
Nanti,
Mengapa?
Usah sedikit pun
Ditanya!

Apa saja
Yang menghalang
Apa saja
Yang menimpa
Buruk itu
Semuanya
Salahkan saja pada tuhan
Nanti,
Mengapa?
Usah sedikit pun
Ditanya!

Kelak nanti
Ketika
Denyut nadi
Terhenti
Usah sedikit pun
Ditanya
Mengapa?

Ketika
Lidah ini digari
Mulut ini dikunci
Anggota ini bersaksi
Tiada lagi mampu
Untuk sembunyi
Lihat bagaimana
Ingin
Kau katakan untuk
Salahkan saja pada tuhan
Nanti
Siapa yang akan
Tersungkur
Menelan peri laku
Sendiri!
 
Kampung Melayu Subang
21 Julai 2013


Cenuran Kegagalan


Di tebing
Cenuran kegagalan
Sekali lagi
Yang sarat
Kesesalan,
Putus asa
Semakin melingkar
Memberat
Menarik
Jiwa ini
Yang separuhnya
Telah tenggelam
Dalam,
Jauh
Ke ceruk
Kekecewaan.

Hati yang berkecai
Tumpas
Dek desak hasut
Alasan
Berkeping tinggalannya
Takkan mampu
Disambung semula
Walau azam
Melekat
Menampal retak
Walau tekad
Merapat
Menyambung kecai.

Cenuran kegagalan
Makin ghairah
Menarik-narik
Hingga ke
Tebing gelinciran
Hati yang
Tiada lagi mimpi
Esak tangis
Kering sudah sendunya
Akal cair
Menunduk kalah
Hilang puncanya
Putus asa
Bertakhta
Akhirnya.

Kampung Melayu Subang
21 Julai 2013


Jumaat, 19 Julai 2013

Tak Perlu


Yang bergoyang itu,
Kalau tak kerana angin
Apa?

Yang berkocak itu,
Kalau tak kerana batu
Apa?

Yang menangis itu,
Kalau tak kerana gagal
Apa?

Tak usah bertanya
Apa sebab goyang,
Apa sebab kocak,
Apa sebab gagal,

Yang terjadi,
Telah terjadi
Yang akhir,
Telah takdir

Biarkan saja
Apa sebab goyang,
Apa sebab kocak,
Apa sebab gagal.

Tak perlu
Diteruskan
Mundar mandir.

Tak perlu
Diteruskan
Banyak fikir.

Kampung Melayu Subang
19 Julai 2013


Seusai Salam


(Seusai Jumaat yang Ke 2)

Seusai salam
Jumaat yang pertama
Jerih yang terasa
Memerit
Makin kacau
Menuju ke penghujung
Adakah mampu?

Seusai salam
Jumaat yang kedua
Hangat yang terasa
Memerit
Makin kacau
Tak tersangka
Jejak masa
Yang berlalu
Diturut
Berbaki sedikit
Untuk sempat
Atau tidak
Bertemu
Ke penghujungnya.

Seusai salam
Jumaat yang berlalu
Terasa
Damai kasih
Terbentang
Genap sudah
Di penghulu waktu.

Kampung Melayu Subang
19 Julai 2013


Selasa, 16 Julai 2013

Tak Mengapa


Berkalih
Dari kepompong dunia
Bak tempurung
Terkurung
Delapan tahun
Menyorong kisah
Yang awalnya
Dan Akhirnya
Berulangan.

Tak mengapa

Kini,
Cukup sudah
Langkah penuh
Berani
Menerawang
Ke luar tempurung
Tak mahu lagi terkurung
Punyai sayap
Beradaptasi
Dari sang katak
Konon.

Tak mengapa.

Sedang terlalu asyik
Menerawang
Tersembam juga ke tanah
Getar melihat
Langit yang
Terbentang
Terkejut
Melihat
Bumi yang
Tak berpenghujung
Baharu sedar?

Tak mengapa.

Dalam untuk
Belajar bertatih
Lutut mesti
Bersahabat baik
Dengan kudis
Dengan pedih.
Asal jangan
Tergurisnya
Sedikit
Langsung
Teriak
Sakit
Terus berbaring
Sedang tahu
Yang merangkak pun
Akan ingin bertatih.

Tak mengapa.

Kampung Melayu Subang
16 Julai 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis