Nuffnang

Penaja

Khamis, 31 Oktober 2013

Didih Amarah


Pabila aku
Diserkup
Amarah
Aku bukan aku lagi
Yang tinggal
Hati yang
Tiada fungsi
Kerana nafsu menguasai
Diamuk
Sana sini
Pabila sedar
Tangan digari
Kaki dikunci
Hidup tak bermakna lagi.

Pabila aku
Diterjah amarah
Aku bukan aku lagi
Yang tinggal
Akal yang
Tiada fungsi
Kerana tewas dalam
Gelora nafsu
Menguasai
Yang benar walau salah
Yang salah walau benar
Tak dipeduli lagi
Hanya tahu
Menggonggong sisa-sisa
Hidup berakal
Sebelum ditembak mati.

Pabila aku
Bukan aku lagi
Amarah menduduki
Diri lemah dipandui
Walau tahu perit nanti
Walau tahu sakit nanti
Walau tahu sesal nanti
Kerana jiwa tak
Dipagari iman ampuh
Dijauhi rakus rapuh
Direlakan
Untuk dicelakakan!
Untuk dijahanamkan!
Oleh didih amarah!
Selamanya.

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
31 Oktober 2013


Rabu, 30 Oktober 2013

Untuk Siapa?


Dengkur enak
Walaupun halus,
Tetap terasa nikmat
Letih luhur
Dizahirkan
Sejujurnya
Tanpa ragu
Tanpa celaru
Dihempas sepuasnya
Redan jiwa
Kehausan pelupuk
Sukmanya
Demi menerus
Hidup sesedut nafas
Ke masa terhadapan.

Ini kisah
Bukti sahih
Yang tiada
Sandiwara penipuannya
Tentang nafas
Yang ingin dihela
Untuk akut
Hidup yang sempurna.

Untuk siapa?
Untuk darah daging
Yang menginjak usia
Untuk yang ditanggung
Ke penghujung usia
Untuk janji
Yang ditutup kedap
Serapatnya
Dalam peti amanat
Selama jiwa tersemat.

Kg Sungai Sekamat
Kajang
29 Oktober 2013

Selasa, 29 Oktober 2013

Konflik Syria : Tanda Akhir Zaman Yang Nyata


Assalamualaikum w.b.t
 Sedang kita asyik berseronok menikmati keamanan yang dikecapi selama ini, tahukah kita sedang dibawa arus menuju kehancuran akhir zaman? Sedang kita ketawa menyambut kelahiran, ada yang menangis meratapi kematian. Dan kita yang seagama terus membisukan dan membutakan mata. Dan jika ditakdirkan sampainya masa mentari terbitnya di ufuk barat, bersediakah kita?


 Tanda-tanda dekatnya masa itu telah nyata dan jelas. Kita seharusnya bersedia dan menyediakan keluarga kita untuk menempuh saat-saat berontakan itu.

 Dan semoga, rahmat dan kasih Allah bersama-sama kita.

Sekian,
Wassalam




Isnin, 28 Oktober 2013

Apabila Remaja Tak Dibendung





Assalamualaikum w.b.t

 Maha Suci Allah tiada tuhan selayaknya disembah melainkan Allah jua. Dan Nabi Muhammad itu utusan yang Hak di sisi Allah S.W.T.

 Sayu hati ini apabila membaca laporan mengenai sembilan anak muda kita menari di jirat cina. Sudah hilang akal? Kita pantas melenting apabila agama dan kepercayaan iman kita dipersendakan oleh penganut-penganut lain. Apabila berlaku kebajetan begini terhadap penganut lain apa tindak tanduk kita? Tutup mata dan membiarkan dengan mengatakan ianya setimpal dengan apa yang telah dilakukan mereka terhadap kita?





 Nabi Muhammad S.A.W adalah sebaik-baik ikutan yang perlu kita contohi. Namun, disebabkan faktor bodoh dan sombong kita jadi terlalu taksub kepada sesuatu yang bukan dari garis ikutan yang dituntut.

 Mengapa? Sedang kita adalah negara yang harmoni, bersopan-santun lagi berbudi bahasa tetapi anak-anak bangsa tidak mencerminkan realiti maksudnya. Inikah bakal pemimpin yang akan diserahkan tanggungjawab merealisasikan permodenan dan pembangunan? Rosak!

 Ya, kita ketika ini sedang bergelut dengan kesempitan hidup. Kepantasan arus kehidupan memaksa kita sebagai ketua keluarga melakukan sedaya upaya demi keselesaan anak-anak dan keluarga kita. Tetapi, adakah contoh-contoh begini yang kita harapkan terbalas setelah tulang empat kerat ini dibanting siang dan malam?  Renungkan sebentar. Istana yang sedang kita bina bakal runtuh jika tiang-tiangnya rapuh reput walau dipuput angin sepoi. Dan kita yang di dalam sejarah nanti banggakah atau binasakah?

Sekian,
Wassalam



Deduit


Hidup jangan
Umpama deduit
Lihatnya akrab
Erat melekap
Sedang dalam gelap
Menyedut menyonglap!

Hidup jangan
Umpama deduit
Tingkahnya mesra
Merayap melata
Rajin usaha
Sedang dalam terang cahaya
Mencari suaka
Penghapus durjana!

Hidup jangan
Seperti deduit
Asalnya pendek
Meraba menempek
Tak dihirau pepohon renek
Sedang dalam jangka pendek
Kering kontang dilenyek
Layu rapuh baru merengek!

Hidup jangan
Seperti deduit
Tak dihirau
Mata memantau
Bakal dipulau
Walau digelar si sasau
Asalkan kenyang
Hidup menunggang
Tak penat mencari ruang!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
28 Oktober 2013


Cubaan

Cubaan


Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





syarat-syarat wajib :


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk : Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini











Ahad, 27 Oktober 2013

Mati Akal


Mati akal!
Setelah ditolak
Setelah ditambah
Kali bahagi bersama
Segala macam
Rencah hidup
Yang masinnya
Yang manisnya
Yang pahitnya
Yang tawarnya
Ditelan jua
Ada lain pilihan?
(Perut meragam
Senak!)

Mati akal!
Setelah
Senang budimannya
Dikeronyokkan
Tanpa setitik
Tangis kasihan
Meredakan
Amuk taufan
Dalam diri
Dalam jiwa
Yang bacul
Ada lain cungapan?
(kelaminnya sama
Fungsinya tiada!)

Mati akal!
Setelah diperkosa
Sebuasnya
Takdir yang
Tak terjangka
Melewati
Umbut hidup
Yang tak sempat
Diperkemas
Secermatnya
Kerna leka
Ada dengar tangisan?
(tangis tiada guna!)

Mati akal!
Akal sahaja
Jiwanya?

Nah!
Masih berjiwa
Semesti
Masih bernyawa
Mengapa
Tak diterus
Rawat apa yang terluka?
Ganti apa yang terosak?
Suling apa yang teracun?
(Senangnya bicara
Melakunya payah!)

Mati akal!
Pilihan di tangan
Menuju hancur?
Atau
Menanti dihancur?
Bangkitlah melawan.

Usah pura-pura
Di atas pembaringan
Itu tempat layaknya
Untuk mereka yang
Telah mati jiwa!
(Menanti dikafan,
Menanti ditanam!)
Kau dan aku
Mati akal cuma!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
27 Oktober 2013

 

Tali Tuhan

 
Tali tuhan
Yang selama
Ini tergenggam erat
Semakin luncur
Perlahan
Basah
Hingga lucutnya
Hanya seinci!

Tali tuhan
Yang selama
Ini disimpul padu
Semakin kendur
Perlahan
Urai
Hingga lepasnya
Hanya seinci!

Semakin ditahan
Semahunya tak
Mahu untuk melepaskan
Asak
Kiri
Kanan
Atas
Bawah
Depan
Belakang
Melemahkan.

Nyaris!
Nyaris!!
Hampir!!!
 
Tali tuhan
Yang dijulurkan
Untuk memaut selama ini
Aku lepaskan
Kerana kusut
Kerana amuk
Kerana taksub
Dengan lemahnya
Setelah terhambat ganas
Ujian tak berputusan.
 
Tangis
Sendu
Aku
Hanya mampu
Berteleku.
 
Sebu nafsu
Tepu akal
Setelah
Benar-benar
Aku memerlukan.
 
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
27 Oktober 2013
 
 

Sabtu, 26 Oktober 2013

Mendaki Ke Langit

 
Aku ingin
Mendaki ke langit
Setelah bosan
Hidup melata di bumi
Hidup sebagai biasa sahaja
Hidup cuma menghabiskan
Sisa ehsan tuhan
Hidup dikurung
Tak dibenar berangan.

Aku sedang
Mendaki ke langit
Tempat ribuan
Mergas tak dikenal
Tempat yang
Dijunjung selamanya
Tempat yang
Mungkin atau tidak
Layak dibuat penempatan.

Aku sedang
Mendaki ke langit
Menjejak ribuan usaha
Yang aku letakkan batu asasnya
Sedari bermula
Angan untuk menghuni di langit
Kau yang di bumi
Nantikan sahaja
Hujan air kencingku
Di langit ini
Tanda menghukum
Kamu yang membunuh nafsu
Angan ku suatu masa dahulu.

Nantikan sahaja
Ketika
Berjaya aku di puncak segala
Langit bukan lagi sekadar angan
Akan aku tunjukkan
Dengan segala kekuatan
Oleh itu,
Pinjamkan aku
Sedikit harapan
Untuk aku kembali pulang
Jika niat aku
Mendaki langit
Tak kesampaian.
 
Tak mengapa bukan?
 
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
27 Oktober 2013
 
 

Mini Giveaway #2 By Nabila Medan


CLICK BANNER!!

Kegemaran : Patah Balek


Tajuk : Patah Balek (Catatan Terpenting Reformasi)
Penulis : Fathi Aris Omar

 Saya memulakan pembacaan buku ini sekitar tahun 2005. Masih lagi di bangku akhir sekolah menengah. Dek kerana terbawa arus R.E.F.O.R.M.A.S.I "jadi-jadian" pada ketika itu yang begitu hangat membadai. Pada mulanya disangkakan tulisan beliau hanya seputar pengalaman dan keagungan R.E.F.O.R.M.A.S.I sahaja, namun ternyata tanggapan pertama saya itu meleset sama sekali.

 Setelah membaca hasil tulisan Fathi Aris Omar ketika itu baharu minda terasa dibuka bedah seluasnya. Apatah lagi makna sebenar R.E.F.O.R.M.A.S.I itu sendiri tak mencerminkan apa sebenarnya makna sebalik Reformasi itu. Fathi pantas menyedarkan saya tentang apa yang dikatakan "politik massa tanpa parti". Tentang politik gerak dari rakyat untuk rakyat. Tentang rombakan yang seharus dilakukan dalam semua sektor bukan sekadar menjadi ekor yang taat kepada kepala yang terkadang sesat terkhilaf mentafsir peta. Reformasi itu mendalam jankauannya.

 Patah Balek juga menyedarkan saya betapa pentingnya menurut tanpa membabi buta, menyangkal tanpa rasa dangkal. Merombak semula apa yang telah dirompak dari celah tangan rakyat. Mencerahkan pengamatan yang semakin kabur dek kerana lalai malas hanya disuap sokong tanpa ingin menghadam berontak tatkala silap. Yang di sebelah Barisan terpukul, yang di sebelah Pakatan juga rasa biratnya.

 Di dalam gelombang pembahuruan politik Malaysia ketika rencana ini ditulis, (yang saya kira Fathi Aris Omar sendiri bersetuju) sebenarnya pencerahan dan pemahaman mengenai politik rakyat masih ditakuk lama.Apatah lagi "politik massa tanpa parti". Ternganga. Yang di bawah masih kekal di bawah gagal menyampai makna sebenar siapa yang di atas. Tidak kira di dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

 Budaya seninya, medianya, ulasannya masih tetap memayung siapa yang melindung memberi untung. Sedang penyakit jiwa dalam pengurusan semua sektor terus tiada pembaharuan. Yang menyokong tak mampu memberi input bangkangan yang berkesan, yang membangkang masih terus tak mahu membangkang bangkangan yang tersasar. Bisu jika terpalit nista, meroyan jika memalit noda.

 Yang siswa/siswi meracau mengulang debat pancar lidah yang dipinjam rompak dari pemimpin atasan. Tanpa sebarang rancangan mahupun idea-idea baharu dalam percambahan pemikiran arus baharu. Inilah yang ditekankan Patah Balek. Bagaimana penting lonjakan ilmiah dilakukan dalam pembudayaan sekitarnya. Kilas "orang lama" ini sememangnya membangkitkan satu perasaan sesal di dalam jiwa. Betapa 'mandulnya' kita sebagai generasi baharu. Sekonyornya.

 Pateh Balek, tanpa mengenal erti kasihan tetap membuatkan hati-hati yang lemah mengimani ideologi jumud parti politik sempit berpencak keras melawan walau sumbang langkahannya. Tanpa menyaring dan memaham sebenar-benarnya lontaran persoalan, denyut rasa renungan yang dinukilkan mana mungkin dapat dicapai pengertiannya?

 Patah Balek, walau telah lebih 5 tahun hasil cetakannya yang pertama, namun, untuk generasi baharu yang konon ingin bangkit mengikut melawan kebobrokan politik kini, dan menggantikan dengan sebaik-baik, sewajarnya menelaah hasil karya berilmu, berpengalaman, berpersoalan ini. Kelak, akan kelihatan R.E.F.O.R.M.A.S.I yang tempang, T.R.A.N.F.O.R.M.A.S.I yang pincang menanti segalanya ditumbang.

 Politik bukan sekadar menurut parti politik, dokongan NGO sealiran, jerit pekik sewaktu berdemo.

" Kalau nak menurut, biar berakal. Kalau mengikut biar pintar." - Puteri Gunung Ledang (2004)

*nota kaki : Bab terakhir dalam Patah Balek amatlah menggelikan hati, tak kering gusi, namun kaya erti, sangat rugi jika tidak mahu memahami.

Sekian,
Wassalam


Pewaris Takhta Sumpahan


Kisah kabur
Yang digemburkan
Dari si korban
Di tengah kuburan
Mengapa sentiasa
Dimomokkan?
Tak serikkah digempur?
Ini kisah
Air mata
Berdarah
Sisi gelap
Yang memalukan
Yang dinistakan
Tak diperaku
Oleh seluruh keturunan!
Kecuali terus
Diwariskan
Tanpa meminta
Persetujuan.
Indah khabarnya
Dipermulaan
Dipertengahan
Mula memualkan
Kelak
Bermuntahan
Belum sempat sampai
Ke penghujungan
Itu yang kau
Ingin banggakan?
Sudah-sudahlah
Teriak tangis
Yang sayup
Dari dalam
Makam sejak
5 dekad
Merdeka
 Mana mungkin kau
Mampu mendengarnya
Seutuh janji yang
Telah moyang kau
Persiakan?

Kita telah
Berdiri di sini
Walau cuba merombak
Dari saka perompak
Benihnya tetap juga
Menunjangi
Perdu akal
Yang tak terjangkau
Dipergoncangkan
Lalu,
Kita lantas
Duduk diam
Tak mahu bersuara?

Ini soal-soal
Peninggalan
Yang telah aku
Dipusakakan
Ibarat sumpahan
Yang aku junjung
Ke depan
Ke belakang
Waktu
Menanti
Ada wira-wira
Kecil
(Tak mengapa)
Sudi menerima
Warisan
Sumpahan
Sepanjang zaman!

Ya!
Aku mencari
Pewaris takhta sumpahan
Yang telah jemu
Aku di atasnya
Bersemayam
Tanpa disembah
Tak berdaulat
Kerana
Bakal tiba masanya
Aku mesti
Diam senyap
Di perbaringan
Mengikuti
Penyandang yang lebih
Duluan
Meninggalkan beban
Si bebal
Yang memulakan
Ini semua!

Sudikah kau
Mewarisinya
Kelak
Sepanjang zaman?!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
26 Oktober 2013

Jumaat, 25 Oktober 2013

Buangkan


Buangkan
Khayal indah
Yang
Mencandumu
Setelah berzaman.

Ada apa
Dengan khayal
Tak sudah cerekanya?
Tak pulang faedahnya?
Buangkan saja!

Kelak bangkit
Nanti
Bukan bertongkatkan
Bukan berbantukan
Panduan
Yang dikumpul
Dari
Pandang ke hadapan.

Bangkitmu
Nanti
Atas azam
Atas tekad
Atas mahumu jua.

Usah terlalai
Dengan
Cogan kata
Merengek di kaki senja
Mengensut di pemuka meja
Kelak nanti
Sendiri yang longlai
Tak bertenaga.

Sesal nanti
Tiada sesiapa
Untuk dipinta
Membantu
Mendahulu.

Buangkan
Demi azam dan tekad
Yang luhur
Tak jemu jujur
Walau
Merangkak
Ke kubang merana.

Kampung Melayu Subang
25 Oktober 2013

Banyak Fikir


Banyak fikir
Tak bergerak
Usahlah
Berangan
Mengecap
Mimpi indah.

Batas-batas waktu
Tak mungkin
Sekutu
Jauh meninggalkan
Sudut mereaka
Yang tak berilmu
Mereka yang
Masih tak tahu.

Banyak fikir
Tak diucap
Simpannya
Untuk siapa?

Untung laku
Yang ketawa
Pada si pengkhayal
Tak mungkin
Disedar
Ralit
Dengan dunianya
Ralat
Mahu melakukannya
Radang
Pabila disedarkan.

Banyak fikir
Tak membuahkan
Apa-apa
Selain kotoran
Bertakung
Di ceruk sumbat
Paling
Terlindung.

Kampung Melayu Subang
 25 Oktober 2013


GA October by Emas Putih



Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi



Dunia Gila


Telah tibanya
Masa
Dunia yang tua
Semakin gila.

Gila kuasa pangkat
Gila laku sumbang
Gila hidup tekanan
Gila dunia....
Semua gila
Ini semakin
Menggila
Ada juga
Gila selainnya
Tapi
Tak sanggup
Disambung bicara.
Siapa yang sangka
Lahir besarnya
Diasuh sedayanya
Disemai sesungguhnya
Tentang makna
Hidup sebagai manusia
Bukan hidup
Tak berakal
Gelora binatang
Ditunggang setan.
Dan
Setelah dewasa
Kenal ceruk
Rantau dunia
Cepat benarnya
Kegilaan dunia
Merasuk
Sedasyatnya.
Dunia semakin hari
Semakin tua
Semakin bertambah
Gilanya
Dan di kalangan
Kita
Mungkin yang duduk
Erat disebelah
Merangkul
Telah tersedia
Tindakan gila
Untuk dilaksanakan.
Ini kisah
Dunia gila.
Bukan dunia yang
Diduki
Telah gila!
Tetapi
Yang menduduki
Dunia ini
Sedang bernafas sedutnya
Di dalam dunia
Yang digelar
Dunia gila.
Nah,
Lihat saja
Tindak tanduk
Manusia berakal
Yang kononnya
Ciptaan teragung
Yang Maha Agung
Sedang
Menyerlahkan lagi
Warna makna
Hidup sebenar
Tak ubah
Seperti
Binatang!
Bangga?!
Mungkin anda
Yang tak sedar
Di dunia mana
Layaknya kita!
Kampung Melayu Subang
 Shah Alam
24 Oktober 2013


Gelombang Kegilaan Yang Semakin Mengecutkan Perut

Assalamualaikum w.b.t

Sedang kita leka mengejar kemewahan dan keselesaan dunia, kita terlupa untuk melihat sejenak sekeliling kita. Hatta kita sendiri terlupa di mana keluarga kita, juga keselamatan mereka dan ada juga lansung lupa tentang nilai dan keselamatan diri sendiri. Dalam arus hidup yang semakin maju, membuatkan ramai di kalangan manusia memilih jalan pintas ke neraka dan juga singkat fikiran dalam melakukan keputusan. Dan bahananya amat dasyat sekali.

 Untuk berita selanjutnya Klik Sini

 Apa yang akan anda lakukan sekiranya mendapat panggilan telefon mengatakan sesorang yang mempunyai hubungan dengan anda ditimpa kecelakaan? Hari ini, segalanya mungkin. Dari jenayah kecil hinggalah ke jenayah berat memungkinkan dilakukan terhadap kita dan insan di sekeliling kita. Nyawa manusia seumpama tiada nilainya lagi. Sewenangnya diragut tanpa sifat simpati.

 
Untuk berita sepenuhnya klik sini

 Di manakah nilai nyawa dan diri seorang manusia? Diperlaku seperti haiwan yang tak berbicara. Diperlaku dengan penuh hina seperti pelakunya seorang syaitan yang bertopengkan binatang! Apa yang ingin dikecapi? Apa yang ingin dimiliki? Dengan akal yang sempurna dianugerahkan Ilahi pun tak termampu digunakan sebaiknya. 


Untuk berita sepenuhnya Klik Sini

 Setelah berlaku jenayah silih berganti, ada yang tak keruan. Mengenang nasib dan keselamatan insan tersayang. Mengenang nasib dan keselamatan diri sendiri bagaimana nanti. Ada juga di kalangan kita ternanti-nanti, apa pula yang berlaku esok hari? Bunuhkah? Rompakkah? Rogolkah?

 Terlalu dangkalnya rasa menjadi manusia tatkala segalanya serba maju. Dan kita sedar, semakin lama menjadi manusia, semakin kuat rasanya gelombang kegilaan menghentam tiap-tiap yang mendatang. Dan kita masih mampukah tersenyum tika mana Malaikat Maut menjemput dan kita meninggalkan dunia tanpa sedikit rasa sesal terhadap keluarga, terhadap dunia?

Sekian,
Wassalam.

Khamis, 24 Oktober 2013

Giveaway Jom Menang


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Belum Sempat

Belum sempat
Bicara
Tersimpul sudah
Lidah ini
Dimatikan ketika
Puncak
Hawa amarah
Yang membuak
Dinodakan ketika
Sayup
Ragu diterajang malu.

Kotak suara
Yang selalu
Bergetar tanpa
Selindung
Keinginan mahu
Amat sayu
Palunya
Tak seperti biasa.

Belum sempat
Untuk diuji
Betapa sakti
Angan yang terlakar
Rebah jatuh
Khayal yakin
Yang membara.

Lidah ini
Mahu bicara
Tanpa ragu dan malu
Soal marah bernafsu
Soal yakin yang dipadu
Kotak suara
Yang
Tidak lagi
Tegang dentingnya
Mengapa jua
Tak mahu
Diberi muka?
Belum sempat
Jua
Dikuak rahsia
Purba
Mahu berjaya
Dimula
Tangis-tangis
Tak rela
Runtun hati
Yang gagal mesra
Lantas
Hilang arahnya
Tak perpunca.
Belum sempat
Untuk meneguk
Air penyambung deria
Telah
Tercabut nyawa satria
Di atas
Perut si celaka!
Dan kini
Pastilah ia
Belum sempat
Dimulakan segala
Gagal
Untuk ke
Sekian kalinya.
Kampung Melayu Subang
23 Oktober 2013

Ini Hanyalah Cubaan


Cubaan yang
Pertama
Tiada makna
Gerak jiwa
Langsung tak
Tercabar
Kerna
Teguhnya dipasak
Tak mudah
Dibadai ombak.

Cubaan Yang
Kedua
Juga tiada
Bermakna
Cumanya
Setelah diulang
Cabar dalam
Diam
Walau disediakan
Namun tetap
Mulai terusik
Goyang.

Cubaan yang
Ketiga
Mulanya
Pincang
Amuk jiwa tak
Mahu diganggu
Mulai bangkit
Namun
Tak menunjuk taring
Cuma kilasnya
Sedikit
Melantun
Di balik jiwa
Yang sakit.

Cubaan yang
Keempat
Mulai tumbang
Jiwa kecamuk
Semakin terbelit
Dengan
Halwa marah
Tak berbendung
Lantas akal
Mati
Jiwa tenang
Melayang
Dan
Taringnya
Mulai menjengkel
Tak keruan
Mencari siapa
Mencari apa
Perlu ditebus
Nyawa
Setelah berani
Mengejut marah purba.

Cubaan yang
Kelima,
Langsung
Rebah
Tiada lagi
Logika
Tak mahu lagi
Tenang suaka
Yang mahu
Cuma
Merampas
Yang bukan miliknya
 Habis dilanda
Tak mungkin
Kembali tenangnya.

Ini hanyalah
Cubaan
Dalam
Melintas
Garis-garis usia.

Siapa yang terlepas
Tak selamanya
Siapa yang dilepas
Sentiasa
Berjaga-jaga
Kerana
Laut hidup
Yang tak
Nampak
Mana pulau
Mana pantainya
Sering amat
Dilanda taufan.

Yang perlu cuma
Hanya
Sedia.

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
23 Oktober 2013

 

Puisi Untuk Bapak

(Untuk Bapakku, Pak Samad Said
Lontaran jiwa sukma dari puisimu
"Hidup Bersama")

Bergetar
Jiwa ini.

Bergoncang
Tulang ini.

Tatkala getus
Suara tua itu
Dilontarkan
Masih lagi
Menyaksikan
Kita
Tak mampu
"Hidup Bersama"

Sedang telah
Diberi ingat
Untuk
"Menyanggah musuh
Menambah kawan
Tanpa jenuh khuatir
Juga tanpa rawan"

Maafkan kami
Bapak,
Suara tuamu
Walau menggegar
Dalam kocak
Meruntun akal
Untuk berkerja keras
Mematri janji
Diajar untuk
"Berjiwa besar dan berbakti"
"Berkerja dan berikrar"
"Hidup Bersama"
Masih lagi tak
Tergapai.
"Tanah air
Memberi banyak
Mesra mendakap kita
Kemerdekaan mendorong kita
Berdiri dan berbakti
 Dan kita sudah sampai
Di lereng indah
Pasti tetap mendaki juga"

Dan di sini
Kami malu.

Walau telah dipimpin
Kemas tatkala
Juang langkah
Mendaki
Di lereng indah
"Demi tanah air dan bangsa"

Kami masih termanggu
Menunggu
Entah kapannya
 Tiba
Jerih hilang
Dari sendu
Khayal hilang
Dari bertamu
Tekad walau dipadu
Tak banyak membantu.

Wahai bapak,
Kami telah datang
"Tangkas dan berilmu"
Namun,
Rompong-rompong
Kecil
Tak terbela
Suatu masa dahulu
Masih digugah
Rasa kecewa
Menghentam
Tanpa ragu
Hingga
Mematikan wibawa
Langkah-langkah kecil
Menongkah
Menyelongkar
Dan
Membenam kami
Sebelum memula
Kembali
Usaha.
Tatkala ini
Kami tahu
Telah
Hilangnya rasa
"Syahdu dan bangga"
Sebelum
Sempat kalian
"Di dalam sejarah."
Maafkan kami
Bapak,
"Lapis pelangi lebih mesra"
Diharapkan
Tak memungkin
Untuk
Cita-cita bangga
Merdeka
Walau telah
Dilapis wajah diri
Dan
Peribadi kalian
Ditunjangi
Selamanya
Kerana
Kami masih belum
Bersedia
Untuk mengerti dan memahami
Untuk
"Hidup Bersama" 
Segala usaha
Segala harapan
Tersia belaka.
 Mengapa?
Dalam detik masa
Yang berlalu,
Kita masih tak termampu
Untuk merangkul erat
Makna berpadu ini?
Setiap yang bernyawa pasti
Punya beda pendapat
Dalam khayal telingkah
Pasti ada
Titik sama bertemu jua (?)
Detik ini
Detik jati,
Penentu sendiri,
Gagal sedayanya,
Ampuh hidup
Tak akan mungkin
Dihadam penuh
Hemat rasa.

Oleh demikian
Bapak,
Pimpinlah kami
Kembali
Sedarkan kami
Kembali
Tentang
"Bangga kerana merdeka"
"Megah kerana bahagia"
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
23 Oktober 2013

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis