Nuffnang

Penaja

Jumaat, 24 Januari 2014

Suara Seni Baharu

Gambar Hiasan
 
Suara seni baharu
Tampak seksi
Beralun seni?
Mana isi?
Sepi..
Tiada erti
Cuma kocaknya
Seperti air kopi
Pahit tak terjamah
Kelat tak bercambah.

Suara seni baharu
Lagak gagah
Kosong perdu
Berakar kecut
Kembang kuncupnya
Mati tak mahu
Hanya tahu
Menempek
Menempel
 Langkahnya maju
Tak mahu
Tergetar suaranya sahaja
Sayup-sayup.

Suara seni baharu
Mana akarnya
Mana pucuknya
Mana gugurnya
Mana buahnya
Mana tuannya?
 
Tiada.

Bukan anti aksi
Mahu memangkas kondusi
Apatah lagi memati seni
Tetapi,
Dalam meranum
Bahasa bangsa
Jangan diberi malu
Kusutnya
Ilmu
Jangan digumam
Fasihnya tika bertemu.

Yang pasti,
Suara seni baharu
Perlu berani
Mendepangi
Makna mandiri
Di tengah
Pentas seni ini.
 
Kerana,
Aku tetap dengan alir
Arus seni ku
Kau tetap dengan gelombang
Deras seni mu
Sama-sama beriteraksi
Sama-sama beraksi
Sama-sama mati
Di tengah beradu
Makna siapa yang peduli.

Tasik Damai
Sungai Besi
24 Januari 2014


Khamis, 23 Januari 2014

Dijerkah

Gambar Hiasan

Dijerkah
Kerna tak sehaluan
Dalam sama meratah
Nikmat teramanah.

Bukan kerana
Malu
Yang tak mahu
Berkeinginan
Tak tergetar
Rasa kepingin
Merasa sama
Nikmatnya dusta
Berpunca.

Tapi,
Kerana janji-janji
Yang disimpul mati
Seakrabnya
Jika dimungkiri
Terlepas walau dari
Mulut sang naga
Menanti penyudahnya
Ke mulut buaya
Sama-sama didera.

Biarlah
Dijerkah segagah
Sama
Tergoyah
Tapak berdiri tingginya
Asalkan
Mana yang dipundak
Tinggi memayungi
Berterusan
Hingga ke hujung
Nyawa nanti.

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
16 Januari 2014


Rabu, 22 Januari 2014

Antara Keduanya

Gambar Hiasan

Antara realiti
Dan fantasi
Dan kita
Tersepit sama
Antara
Keduanya,
Lesu
Dan tak bermaya
Longlai
Dan tak berjiwa
Hidup
Dan tak punya apa-apa.

Terlondeh,
Tanpa banyak bicara
Di antara keduanya.
 
Tasik Damai
Sungai Besi
17 Januari 2014


Selasa, 21 Januari 2014

Cereka Reka


Cereka reka
Lucu
Seram
Tak masuk akal
Dicerita jua
Kononnya untuk
Menyumbat
Lendir kotor
Meleleh rembis
Yang menyelaput
Sedang ia
Berselut kubang
Selamanya
Dalam penipuan
Kotornya berdaki
Tak akan tertanggal
Walau ia cuba
Menjernihkan
Sedaya upaya.

Dan dalam
Cereka reka ini
 Lucu
Seram
Tak masuk akal
Ramai juga yang
Terus
Merelakan!

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
21 Januari 2013


Ahad, 12 Januari 2014

Si Gering Celaka!

 
Apa yang kau raikan?
Si gering celaka
Yang terlaknat
Menghembus sisa nafas?
Sedangkan yang diperlakukannya
Dahulu,
Lukanya masih berdarah
Bernanah
Tak terawat
Sehingga kini!
 
Biarkan,
Si gering celaka itu
Terbakar hangus sekalipun
Tak sedikit riang
Berbekas terasa
Kerana
Lompang yang ditinggalkan
Terisi durjana yang mendatang
Menerus agenda jahanam
Membusung
Di jiwa siapa yang memandang
Dan merasanya.
 
Ingat!
Telah mati
Si gering celaka itu
Bukan bererti
Juang lelah perlu terhenti!
 
Masih lagi perlu
Menggegar setiap
Ceruk raga
Isi nyawa
Untuk makna
Kebebasan
Yang benar tulen!
 
Hentikan pesta yang dirai!
 
Kembali
Beringat,
Yang mendepangi
Setiap pagar kemanusian
Dan
Kewarasan
Masih perlu
Terus silih berganti.
 
Dan
Duka berdarah
Berdekad lamanya ini
Masih menitik
Pedih darahnya
Menerus
Hingga kini.
 
Matinya
Si gering celaka itu,
Adakah bererti
Menang yang bermakna?
 
Tasik Damai
Sungai Besi
11 Januari 2013
 
 
 

Sabtu, 11 Januari 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)


Khamis, 9 Januari 2014

Masirah Untuk Gaza

Youtube : M Nasir Masirah

Bening suara
Tangis
Dari celah runtuhan
Getar rintih
Dari celah kuburan.
 
Sunyi sepi
Tak henti
Dirobek
Disiat
Sebinatangnya.
 
Tak kira
Merah kulitnya
Merah isinya
Ditumpahkan semahu
Bukan lagi kisah
Luar biasa.
 
 Tercabut berlalu masa
Dari runtun yang bukan
Lagi dusta biasa.

Walau cuba
Disedarkan
Namun bisanya
Telah sebati.
 
Bermula
Dari kisah runtuhnya
Dinding utama
 Jerlus tiangnya lesap
Ditelan
Jauh ke pelupusan rasa.
 
Mengapa?
 
Setelah dipampang
Bongkar rahsia
Yang diperbodohi
Bohongan yang tak masuk akal
Kita hanya
Sedihnya
Ketika itu jua.
 
Sedangkan
Yang dibongkar sekelumit
Terpampang pedihnya
Bukan lagi
Bicara omongan meja rundingan!
 
Diperbodohkan
Atau
Sememangnya telah
Hilang pertimbangan
Untuk merasa
Setiap denyut pedih
Yang ditoreh?
 
Khabaran benar
Walau tersunting
Elak diganggu jiwa
Masih terngiang
Masih membara
Api amarahnya
Untuk melenyap dusta
Yang diperjalankan.
 
Mengapa?
 
Kita masih bersuka
Sesudah selang
Menumpah rasa kasih
Rasa pedih
Melihat?
 
Hingga dipuput
Masa yang menghilang
Rasa yang tak pernah
Berbekas dijiwa itu
Turut sama ghaibnya?
 
Pedih yang dirasa di sana
Sama dalamnya luka
Yang tertoreh
Menusuk ke setiap jiwa di sini
Yang tahu harga
Nyawa yang tak berdosa
Yang mengerti nilai
Agama yang bermaruah.
 
Masing-masing
Masih menanti
Kapannya
Akan tiba;
-Melintang segala pendajal
-Merengkuh segala persetan
-Membenam segala yang penyial!
 
Sedarkan
Yang di kiri
Yang di kanan.
 
Jangan turut sama terlena
Dalam dodoian
Penjahanam
Yang bersumpah taat setia
Hingga ke habis masa
Untuk
Membungkam segala
Derita
Dalam satu rasa.
 
Tiba masa
Langkah diatur
Berbaris
Membentengi
Apa yang telah dijanjikan tuhan.
 
Kelak
Yang dicabuli selama ini
Yang dinodai selama ini
Tertuntut dalam gerak serentak
Menenggelam
Lumat si penyumpah
Terkutuk laknat
Dari tuhan
Hingga hari kiamat!

Apa kau berani
Untuk turut serta?!
 
Jangan ditanya apa yang boleh dilakukan
Tanyakan diri sendiri
Apakah aku benar manusia
Lain berbangsa bersumpah bersaudara
Atas nama satu agama?!
 
 Nukilan ini
Gegarnya
Dari peristiwa berdarah
Tak sudah
Untuk menuntut
Sama tingginya
Hak yang akan dirampas
Kemudiannya!

Untuk hak yang telah dijanjikan!
 
Tasik Damai
Sungai Besi
09 Januari 2014
 
 

Rabu, 8 Januari 2014

Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014

Dakwa Dangkal

Gambar Hiasan

Bicara tawakal
Biar berakal
Dari sejengkal
Payah meramal
Pasrah pun tetap menyoal
  Tentang sirat amal
Dalam dakwa paling dangkal!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
08 Januari 2014

Selasa, 7 Januari 2014

Jerit

Gambar Hiasan

Di kala,

Rezeki cari makin menyempit
Sedut nyawa makin menyumpit
Musim sakit makin mengepit
Rosak jiwa makin mengampit.

Saing hidup makin menyengit
Gila kapitalis makin menggigit
Runduk agama makin melangit
Makna setia makin membingit.

Ruang nafas makin menyikit
Hutang paksa makin membukit
Peluang sekala makin mendikit
Selesa lahad makin menyakit.

Ke mana hala hendak dijerit?

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
07 Januari 2014


Rabu, 1 Januari 2014

Mencari Damai


Damai yang dicari
Di celah sejemput nasi yang dikaut
Terurai pula kisah sedih
Terputus pula kisah tangis
Yang serta merta
Mematikan
Gerak jari
Dan menyarung
Pantas hati dan mata
Berbening sedih.

Tenang yang dicari
Di balik pelukan hangat yang dimesra
Berkecamuk pula kisah pedih
Berkocak pula kisah kasih
Yang pantas terus
Menghalangkan
Senyum yang terukir
Dan membungkam
Pantas nurani dan perasaan
Bertelagah sendu.

Mana dia
Tenang yang dikata
Senang yang diduga
Tatkala nafas berat
Hendak dihempas
Tak bertahuan punca?

Mana dia
Inti segala bahagia
Dianyam selamanya
Untuk dihamparkan
Ketika terik duga memancar?

Yang didengar
Yang dikata
Tak sama yang dirasa
Jauh sekali
Yang dibayang
Kerana
Yang berkuasa
Mengatur segala
Sekehendaknya.

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
21 Disember 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis