Nuffnang

Penaja

Rabu, 27 November 2013

Sinar Cahaya


Tika tembus jiwa ini
Menerawang jauh
Ke dasar paling gelita
Ke pusar paling huru hara
Ke dunia paling tak tentu hala
Direlakan sahaja jiwa ini
Diperlaku sewenangnya oleh
Pengemudi ke lembah kecewa
Pengolah ke gurun tanpa tawa.

Tertaut rapat keempat
Tulang berkerat
Serapat sendat
Mematikan langsung
Gerak usaha
Mengkhayal terisi terus
Membunuh sisa-sisa lamun
Yang cuba mengumpul teguh
Membangkit deria.

Dan saat pemutus
Memintas jiwa dan raga
Dari terus mengelamun
Jauh berteleku di dasar kecewa
Datang sinar cahaya
Menyerlah keliling tohor gelita
Menyilau mata
Menyedarkan dari mati selamanya
Tersentak sedar
Tahu telah lama
Karamnya berteritip
Dan jerit pekik semangat
Meronta untuk menyedut usaha semula
Deru berdarah memanas semula
Berdegup nadinya
Menyelinap hentak
Mewaras jiwa.

Setelah kembali ke permukaan
Jalan penghidupan
Yang tak sempat diseberangi
Ansur-ansur
Sinar cahaya malap tenggelam
Memaksa semula
Tulang yang lamanya bersisik keras
Dibantingkan menyambung semula perjalanan.

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
27 November 2013

 
Catat Ulasan

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis