Assalamualaikum w.b.t
Dari Abu Hurairah juga, katanya : Rasulullah S.A.W, bersabda : "Segala
amal akan datang pada hari kiamat (untuk memberi syafaat kepada yang
mengerjakannya),- di antaranya Solat, datang lalu berkata: "Ya
Tuhanku! Akulah solat";Allah Taala berfirman (kepadanya):"Tujuan
engkau itu baik (tetapi engkau sahaja belum cukup)";dan (selepas
itu)datang pula sedekah, puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu
Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya):"Tujuan engkau itu baik,
(tetapi engkau sahaja belum cukup)"; kemudian datang pula Islam lalu
berkata : "Ya Tuhanku! Engkaulah Tuhan yang bernama :Al Salam, dan
akulah : "Islam"; maka Allah Taala berfirman (kepadanya): " Tujuan
engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan
engkaulah juga aku memberi balasan"
(Imam Ahmad)
Sumber : MUQADDIMAH MASTIKA HADITH RASULULLAH S.A.W- Bahagian Hal Ehwal
Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Pada hari ini 30 Zulhijjah 1434H adalah tanggal terakhir di dalam takwim hijrah sebelum permulaan tahun hijrah yang baharu iaitu tahun 1435H.Sesungguhnya kita adalah makhluk yang lemah. Punya banyak salah dan silap. Diberi kesempatan menghirup udara untuk ke sekian kalinya bersyukurlah dan kita tutup buku amal kita di penghujung tahun ini dengan doa akhir tahun mudah-mudahan Allah S.W.T mengampuni kesilapan dan menerima amal kita.
Sesudah dari itu, dengan semangat yang baharu di permulaan tahun hijrah yang baharu kita mulakan dengan membaca doa awal tahun yang mana azam baharu dipasak seteguhnya di dalam jiwa untuk mencari keredhaan Yang Maha Berkuasa agar sentiasa diterima dan diredhai oleh-Nya.
Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian dapat kita melanjutkan kepada semua dan bermohonlah agar amal kita dapat diterima oleh Allah S.W.T.
Dipersilakan untuk dikongsi atau digunapakai asalkan tidak melencong dari niat sebenar apatah lagi dijual beli.
Sekian,
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan