Nuffnang

Penaja

Isnin, 11 November 2013

Adil Bukan?


Setelah kau melaku
Tindak seteruk haiwan
Pembalasan yang setimpal
Diregukan rentak serupa
Dari mula hingga
Akan dicabut nyawa
Cara paling jijik binatang
Yang sememangnya dikeji!

Setelah kau melakukannya
Tak berakal cuma bernafsu
Kau pinta pula
Dilindung syarat hukum
Sebagai manusia tinggi ilmu
Tentang halal
Tentang haram
Tentang hukum tuhan
Tentang hak dan keadilan
Diperbangsatkan
Ihsan simpati
Yang punya hati jiwa
Tak mungkin sesaat
Akan kau fahami kehendak
Dendam untuk dilunas
Yang telah kau
Benihkan dulu!

Namun,
Yang di sekeliling
Penonton tempik ghairah
Melebih jatuh hukumnya
Mengapa?
Mendahulukan undang-undang amarah?
Melagakkan diri hakim fasih bernafsu?

Biarkan dahulu
Yang punya hak untuk
Melunas renggut amarah dendam
Menyelesaikannya sendiri
Jangan kita mencampuri haknya
Jika telah puas mereka
Dan diserah untuk disantak
Selumatnya baru kita bersedia
Untuk langkah yang seterusnya.

Adil bukan?

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
11 November 2013


Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis