Nuffnang

Penaja

Jumaat, 1 November 2013

Sumpahan


Kita ini
Sedang dimamah
Perlahan-lahan
Oleh sumpahan
Dari alir pertama
Leluhur yang kononnya
Berimbun rumpun-rumpun
Yang teguh
Tak gegar dirempuh
Tak goyang dicemuh.

Sedarkah?
Yang dibangga sekian lama
Tak bertahan jua kini
Digoncang
Walau perlahan
Jatuh lepas jua apa yang dipertahan
Inikan pula terjentik sengaja
Apa yang akan kelak berguguran?

Inilah sumpahan
Yang kau banggakan.

Digomol dahulu
Nikmatnya bergayutan
Di hujung kepala kewarasan
Sekarang baru terasa
Biratnya sekeliling
Sepusing keturunan.

Hendak digadaikan
Tak sanggup dalam kehidupan
Hendak dibuangkan
Sudah bersebati dalam aliran.

Sumpahan ini tak
Mungkin hilang
Selagi ada yang mewariskan
Selagi terus menerus
Tak disedarkan bala
Di penghujung
Kehidupan.

Tertunduk meminta diehsankan!
Meminta semula untuk dipulang kemaluan!
Menurun sesal berpijak di atas kuburan pemula sumpahan!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
01 November 2013

 

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis