Nuffnang

Penaja

Ahad, 17 November 2013

Adengan Koyak

Apa dibangga
Dengan laku gaya
Samseng di tengah khalayak?
Diperhati
Digelak tawa
Digeleng kepala.

Yang di atas
Mengepala
Jangan sekadar senyum sinis
Melihat anak-anak
Kelahi kiri kanan
Tak berbuat apa-apa
Tersengguk malas melayan
Adegan yang memualkan.
Dan aksi
Lebih ganas lagi
Terus dipertontonkan
Terkoyak baling sana sini
Bukan kertas
Bukan pakaian
Bukan!
Tetapi,
Budi perkerti
Akal sihat dijangkiti
Dengan seribu macam
Yang tahu akan dikeji.
Memupuk budaya berperkerti
Hanya layaknya untuk kami
Yang memerhati sahaja
Kerana
Yang berkelahi
Yang bertahan
Tetap akan terus
Menunjuk minat
Menjahanam apa yang ingin dimengerti
Bukan untuk difahami.
Yang mengoyak
Baju butang terselak
Dengan yang tersipu
Intai untuk meraba ramas
Khusyuk sabar berkhatib
Menerus bentak
Menampak apa yang 
Yang akhirnya
Orang lain yang terkena tempias!
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
17 November 2013

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis