Termakan budi
Secara paksa
Tak rela
Namun
Apakan daya
Lemah tak bermaya
Melawan kehendak semasa
Yang sentiasa memaksa
Bertindak melangkau sejauhnya
Ruangan dunia paling gila!
Secara paksa
Tak rela
Namun
Apakan daya
Lemah tak bermaya
Melawan kehendak semasa
Yang sentiasa memaksa
Bertindak melangkau sejauhnya
Ruangan dunia paling gila!
Berhutang budi
Secara paksa atau sukarela
Sama-sama suka
Sama-sama suka
Terkadang yang suka
Sebelah pihak cuma
Perlu juga dibalas seadanya
Sama timbal baliknya
Kelak nanti
Sampai masa yang tak tahu
Bila akan dilumat kuasa
Kita juga yang merana
Tak bertujuan langkah
Tak berhaluan sanggah
Tak berkemampuan singgah
Untuk rehat selamanya.
Sebelah pihak cuma
Perlu juga dibalas seadanya
Sama timbal baliknya
Kelak nanti
Sampai masa yang tak tahu
Bila akan dilumat kuasa
Kita juga yang merana
Tak bertujuan langkah
Tak berhaluan sanggah
Tak berkemampuan singgah
Untuk rehat selamanya.
Terluahkah
Tertelankah
Terampaskah
Tertanggungkah
Budi itu nanti
Akan sentiasa mengekori
Tertelankah
Terampaskah
Tertanggungkah
Budi itu nanti
Akan sentiasa mengekori
Ke mana sahaja kelak kita bersemadi
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
12 November 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan