Nuffnang

Penaja

Rabu, 13 November 2013

Mengalah

Dalam penat
Bercekak pinggang
Menanti lawan
Berpencak silat
Seragamnya
Masih setia
Berdiri teguh
Tak mahu sedikit
Mendesah mengeluh.

Taat dan setianya
Ampuh bagaimanapun
Tak mudah rapuh begitu sahaja
Tak mudah untuk menunduk
Apatah lagi ingin mengalah.

Biar seribu duga
Datang pasti
Biar seribu tahun
Datang menanti
Tetap di sini
Juga tiada berlalu pergi
Kerana
Untuk beralah
Setelah sebulat nekad
Dibentuk sedari
Di dalam persenyawaan
Tak mungkin digadai
Semudah memuntah kembali
Apa yang dijilat luah keluar!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
 13 November 2013



Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis