Gambar Hiasan |
Apa yang kau dapat
Teriak bising
Hanya berani
Dalam lingkup paling selamat
Diajak berunding
Hanya dibalas jeling
Takut gigil
Terketar boleh dilihat
Sejelasnya mengalir kencing!
Apa yang kau dapat
Menumbuk jentik
Cara paling jelik
Dalam ruang paling selamat
Diajak bertanding
Hanya dibalas kerling
Senak sentap
Memulas dapat dirasa
Sejelasnya pucat tiada banding.
Tiada apa yang kau dapat
Jika berani dalam
Ruang lingkup
Paling selamat sahaja
Keliling belum pasti
Mahu mendengar
Apa yang dijerit
Kerana masing-masing
Menjerit sama
Dari dalam kotak
Paling sendat
Dengan si penakut
Untuk melangkah keluar
Menemukan
Dunia sebesar benar
Yang jauh bedanya
Dari di dalam kotak sahaja!
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
26 November 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan