Nuffnang

Penaja

Selasa, 5 November 2013

CA-TA-SE-BI


CA-kap
TA-k
SE-rupa
BI-kin
CA-TA-SE-BI.

Atas modenisasi
Dan globalisasi
Kehendak memajukan
Dari sisa runtuh
Kota Melaka
Yang digadaikan
Pengkhianat petualang
Keagungan bangsa
Semakin terserlah igau ngeri
Tentang apa yang telah dilakukan
Apa yang telah diperlakukan.
Tak malukah
Mengaku intan sedang
Diri manik kaca
Tak bergemerlapan?

Tak mahu diperlakukan
Tetapi sedar dalam sepenuhnya
Dikhayalkan dengan sepenuh raga
Apa kelak nanti
Merungut sendu
Kekontangan
Dalam daerah dibanjiri
Semusim
Itu yang melegakan?

Jujurlah
Pada diri sendiri dahulu
Mampu atau tidak
Dirimu nanti dengan kaki
Bukan ditongkat ampung selamanya
Bukan dipasak sula sekejapnya
Berat yang kau jinjing
Mengapa tak dipikulkan
Dilihat sahaja menelan liur
Bukan membawa hasil.

Jangan
CA-TA-SE-BI
Serba serbi
Dilakukan
Gagal payah
Biarkan berbaloi
Bukan sedap awalnya diingin
Akhir binasa tak diimpi.

Kelak berdiri nanti
Jangan ditanya mengapa sunyi
Tak disorak
Tak diangkat
Dari pemuka jaya
Mengecap nikmat bahagia.

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
04 November 2013



Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis