Nuffnang

Penaja

Ahad, 17 November 2013

Bahagiakah?


Gembirakah kau sekarang
Setelah simpul ikatan
Yang telah kau
Putuskan dahulu
Dibakar sepantasnya
Tanpa berbelas siapa
Yang hangus sama?
Terkinja-kinja
Berlari minta diselamatkan
Minta diselindungkan
Dari cengkam yang
Kau sendiri merayu
Untuk digenggamkan?

Bahagiakah kau sekarang
Menari di atas tangis
Berdarah tujuh musim
Tak kebah geringnya
Tersentak sentap
Akal nurani yang luhur
Dengan sejahat mulur
Penipuan hemat paling bergaya
Yang telah kau hulurkan
Tangan merayu dahulu?

Tak mengapalah,
Tiada dendam
Atas tangis air mata
Dalam luka terhiris pipis
Kerana
Setelah mabuk sebak
Sekian lama
Telah pun diselamatkan
Oleh tangan yang dihantar
Pertolongan dari tuhan.

Yang pasti,
Tinggal sekarang terlihat
Kau mula terkapai
Mencari si malang mana
Yang seterusnya
Untuk kau penggal
Hingga kering isi dan darahnya
Hingga ke tulang temulang jirimnya
Untuk kau menggenyangkan
Tuan nafsu penipuan yang
Kau puja dalam kehidupan.

Akan bahagia
Selautan kasih hasil penipuankah?
Atau akan lemas
Di tanah tandus
Dek setitik kebenaran
Pemberat hukum karma?

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
17 November 2013


Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis