Nuffnang

Penaja

Jumaat, 1 November 2013

Munafiq : 50 Tanda-tandanya

 
 Assalamualaikum w.b.t

Dalam Islam, munafik (n., dalam bahasa Arab: منافق, munāfiqūn plural) adalah seseorang yang zahirnya mengamalkan Islam manakala dalamannya pula menyembunyikan kekufurannya itu (kufur), mungkin juga tidak. Al-Quran mempunyai beratus-ratus ayat yang membincangkan perihal munafiq ini, yang merujuk kepada mereka sebagai lebih berbahaya kepada umat Islam daripada musuh-musuh yang paling teruk di kalangan bukan Islam.
 
 
50 Tanda-tanda Orang Munafiq Menurut Al-Qur’an & Sunnah

1. Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2. Lupa Kepada Allah s.w.t
3. Melalaikan Solat Fardhu
4. Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6. Meninggalkan Solat Jumaat
7. Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10. Mengamalkan Riak
11. Hasad Dengki
12. Dusta
13. Mungkir Janji
14. Bakhil
15. Penfitnah
16. Mencaci Maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19. Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20. Mempersenda Kesucian Agama
21. Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22. Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24. Menangguh Pembayaran Hutang
25. Menipu Dalam JualBeli
26. Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28. Memakan Harta Anak Yatim
29. Membuka Aib Orang Lain
30. Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34. Bermuka - Muka
35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36. Sombong Di Antara Sesama Manusia
37. Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42. Mengkhianati Sesuatu Amanah
43. Memutuskan Silaturrahim
44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45. Menghalalkan Perkara Yang Haram
46. Membuat Kerosakan Di Muka Bumi
47. Menuduh Orang Beriman Bodoh
48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50. Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman
 
Semoga kita menjauhi dari mereka dan tidak tergolong di dalam mereka.
 
Sekian,
Wassalam
 
 
Catat Ulasan

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis