Nuffnang

Penaja

Ahad, 17 November 2013

Seleweng Jiwa


Tanpa jitunya usaha
Pasti tak beroleh jaya
Cuma untung siapa si kaya
Waris keturunannya menguasa
Sanak kaum kerabat meratah sama
Berperingkat nikmat turunnya
Hatta daki disental jua
Tak dikira pahit tak berperasa.

Jernih suci watak konon dibawa
Berwayang pacak lakon liburnya
Sudah diketahui jalan cerita
Siapa kalah di penghujung masa
Makna hanya berbeza
Lakonan dan yang nyata
Dikhayal dan sambil lewa.
Ini bukan lagi kisah dusta
Jauh sekali ingin mengadu domba
Kuasa bersekeliling sanak saudara
Harta berketurunan mereka meloba
Tak layak pun diacuh juga
Yang benar-benar berusaha
Beroleh apa?

Cekikan ke atas nyawa
Sedutan ke atas jiwa
Dengan beban tak diketahui punca
Mati masih bernyawa tak diketahui mengapa
Menggelepar dalam asyik hidup berbayang percuma!

Tanpa harta
Kita si miskin tak ke mana
Ikhlaslah sejernihnya
Kepallah seeratnya usaha
Kelak ;
-Ditertawakan mergaskuasa
-Disepak terajangkan si pelahap untung niaga
-Disembelih perlahan sang pencengkam hakikat dunia
-Dipermainkan dengan sedarjat segala isi dunia
Tentang juang yang sia-sia!
Tentang tiada harga hidup tanpa seleweng jiwa!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
14 November 2013

 
Catat Ulasan

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis