Assalamualaikum w.b.t
Pernahkan di antara kita ketika sedang menjamu selera di medan selera, terputus dan terganggu selera setelah diasak asap yang amat menyesakkan pernafasan. Bukan asap tipis rokok yang sememangnya merimaskan tetapi asap dari sedutan paip shisha? Pernah bukan?
Bukan ingin menuduh penggemar shisha ini tidak tahu bagaimana untuk menghormati orang sekeliling dengan gangguan pencemaran udara yang dilakukan mereka, namun itulah yang berlaku. Dengan kepul asap yang berkali ganda dari asap rokok, bau yang harum tetapi amat menyengat bayangkan dihidu oleh ibu mengandung?
Adakah mereka langsung tiada sensitiviti terhadap keadaan sekeliling? Kepada pelanggan Muslim pula tidakkah mereka mengetahui aktiviti yang mereka lakukan adalah HARAM di sisi syarak?
Sekadar Gambar Hiasan |
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut :
1. Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah HARAM. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan shisha.
2. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syar'yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji. Rujukan
Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita seharusnya peka terhadap garis panduan yang telah di tentukan mengikut lunas-lunas syariat dan bukan sekadar mengikut hasutan nafsu semata-mata. Untuk kita melihat para penggemar shisha untuk melakukan perubahan dan dapat menghormati hak orang sekeliling amatlah payah dapat disaksikan, namun atas usaha kita dalam menerangkan dan menyedarkan golongan ini bukan sekadar mereka beroleh manafaat, tetapi kita juga nanti.
Sekian,
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan