Assalamualaikum w.b.t
Dalam tempoh dua hari sahaja lagi kita akan sampai ke tarikh 10 Muharram 1435H. Atau lebih dikenali sebagai Hari Asyura. Ada apa dengan 10 Muharram atau Hari Asyura ini sebenarnya?
Hadith:
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah
berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda
tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh
orang lain berpuasa juga". -Riwayat Muslim.
Huraian Hadith:
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari
tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping
kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan
beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang
dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah
bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta Arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.(Rujukan)
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat kita melipat gandakan lagi usaha demi menuju keredhaan Allah S.W.T. InshaAllah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan