Iman hanya untuk si kaya
Yang tak pernah gundah gelana
Yang tak pernah merasa payah delima
Rangkul enak seselesanya nikmat isi dunia
Senang sekali 'berbakti' kepada Yang Memberi
Apatah lagi yang meminta di kaki.
Yang tak pernah gundah gelana
Yang tak pernah merasa payah delima
Rangkul enak seselesanya nikmat isi dunia
Senang sekali 'berbakti' kepada Yang Memberi
Apatah lagi yang meminta di kaki.
Iman hanya untuk si kaya
Tak perlu banyak usaha
Tak perlu banyak tanya
Hanya perlu diteruskan segala rencana
Tak hirau walang durja nestapa
Kerana sentiasa ada
Nikmat walau sementara
Tadah tangan hanya membuang masa
Kerana apa?
Kiri kanannya empuk segala.
Tak perlu banyak usaha
Tak perlu banyak tanya
Hanya perlu diteruskan segala rencana
Tak hirau walang durja nestapa
Kerana sentiasa ada
Nikmat walau sementara
Tadah tangan hanya membuang masa
Kerana apa?
Kiri kanannya empuk segala.
Dan kita ini
Melarat hidup atau sederhana saja
Bergelut untuk terus hidup
Untuk mati juga terkial kapai
Untuk anak isteri iman dipersiapkan
Untuk sendiri iman mesti terpakai
Berserta tersemat utuhnya takwa
Senyum kuntum tatkala
Malaikat maut datang menyapa.
Melarat hidup atau sederhana saja
Bergelut untuk terus hidup
Untuk mati juga terkial kapai
Untuk anak isteri iman dipersiapkan
Untuk sendiri iman mesti terpakai
Berserta tersemat utuhnya takwa
Senyum kuntum tatkala
Malaikat maut datang menyapa.
Dan
Iman si kaya?
Hanya iman
Hanya percaya
Yang segala nikmat tergenggam
Dapat merasuah si penjaga
Pintu-pintu ke syurga!
Iman si kaya?
Hanya iman
Hanya percaya
Yang segala nikmat tergenggam
Dapat merasuah si penjaga
Pintu-pintu ke syurga!
Terjerit nanti
Usah terperanjat bertanya
Mengapa?
Sedar atau tidak
Senangmu untuk apa?
Miskinmu juga untuk apa?
Senangmu untuk apa?
Miskinmu juga untuk apa?
Untuk terus disesatkan
Untuk terus dipermudahkan?
Iman itu percaya
Takwa itu pelengkapnya
Iman hanya untuk si kaya
Yang percaya harta segalanya
Yang percaya akan hidup selamanya!
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
01 November 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan