Nuffnang

Penaja

Rabu, 6 November 2013

Tangis Anak Kecilku Menggoncang Jiwa Ini


 Assalamualaikum w.b.t.

 Sebagai seorang ayah, hati mana yang tenteram melihat anak kecil menangis meronta-ronta walau telah dicuba memujuk dan segala macam usaha dilakukan. Namun, tangis anak kecil yang baharu menginjak umur sebulan tidak langsung punya tanda-tanda ingin surut. Kembungkah? Lampin penuhkah? Lapar dahagakah?

 Apakan daya saya dan isteri yang baharu menimang cahaya mata pertama untuk meleraikan tangisnya yang tak berkesudahan. Ditanya pendapat ayah dan ibu untuk membantu. Dan mereka hanya memberikan sepotong ayat untuk diulang baca sekerapnya.

Untuk sesiapa ingin menyebarluaskan amat dialu-alukan asal tidak melibatkan wang ringgit

 Alhamdulillah, setelah dibacakan beberapa kali barulah tampak reda tangisannya. Tidur dengan nyaman dan amat membeningkan hati ini melihatnya. Terima kasih ibu dan ayah yang membantu. Terima kasih pada tuhan yang mengukuhkan tahap kesabaran kami berdua.

 Kepada yang baharu menimang cahaya mata yang pertama, saya amat memahami situasi yang dialami. Sentiasalah bertanya dan meminta nasihat dari kedua orang tua kita. Asalkan amalan yang tidak menyalahi syarak. Dan sentiasalah bermohon kepada tuhan agar dipermudahkan segala urusan.

Sekian,
Wassalam.


Catat Ulasan

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis