Assalamualaikum w.b.t
Geli hati ini apabila, melihat teletah anak buahku yang baharu memasuki ke Tadika. Colotehnya terkadang tak terjangka akan diluahkan oleh si kecil ini. Pernah aku bertanya kepadanya mengapa tak ke sekolah hari ini? Pantas sahaja dia menjawap tidak sihat. Lalu aku memeriksa suhu badannya tak pula terasa demamnya. Dengan tersengih kambing dibisikkan kepadaku "adik demam olok-olok aje, bohong sunat." Aku hanya mampu menggeleng kepala dan sedikit senyum mendengarkan jawapannya itu.
Apabila terjumpa akan tajuk 'Bohong Yang Dibolehkan' ini pantas aku teringat peristiwa yang berlaku antara aku dan anak buah kesayanganku itu. Apa yang dimaksudkan bohong yang dibolehkan sedangkan bohong atau tipu itu sendiri ditegah oleh junjungan mulia S.A.W terhadap umatnya?
Gambar Hiasan |
Daripada Ummi Kulsum Binti 'Uqbah bin Abu Mu'ait RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik". - Riwayat Muttafaqun A'laih
Terdapat tambahan dalam Riwayat Muslim,
Ummi Kulsum berkata, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam 3 keadaan : Peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya : seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu".
Huraian Hadith :
1. Islam tidakmembenarkan umatnya berdusta kecuali perkara-perkara tertentu sahaja untuk maksud kebaikan.
2. Antara perkara-perkara yang dibolehkan berdusta ialah untuk :
- Maslahah perang
- Mendamaikan antara manusia yang bersengketa dengan menyampaikan kata yang baik daripada satu pihak yang lain walaupun sebenarnya kata-kata itu hanya direka.
- Menjaga hubungan antara suami dengan isteri. RujukanDengan sedikit perkongsian, dapatlah kita memahami situasi yang membenarkan kita untuk berdusta. Namun, janganlah kita mengambil mudah dalam soal ini, kelak nanti akan menjerat kita kemudia hari kelak. Berhemahlah sentiasa seperti kata-kata pepatah Melayu, "tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak selerak".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan