Nuffnang

Penaja

Khamis, 7 November 2013

Mencari Mahdi

Mencari Mahdi
Di celah-celah diri
Yang tak diketahui
Tentang nyata hakiki
Makna disebalik apa yang dianuti
Hakikat disetiap apa yang diimani.
Sesukar mana pun nanti
Kelak di hujung dunia ini
Terbit kacau hingga tenggelam dinihari
Bersabar dan pujuklah diri
Kerana telahpun tuhan berjanji
Disampai kasih-Nya oleh kekasih hati
Tentang semusim kemarau berpanjang saki baki
Yang akan diam amannya kembali
Dari terus dirosak dan dinodai
Oleh pemimpin yang terikat rohnya pada duniawi.
Segala bukti terpampang kini
Menanti dengan jerih pedih hati
Kelak terbalas ringannya meniti.
Mencari Mahdi
Memimpin terusan diri
Walau telah dimunculkan diri
Segala macam pembohong mendustai
Kelak sampai apa yang dijanji
Bangkitkan diri
Tabahkan hati
Kukuhkan kaki
Untuk kita kembali
Merangkul apa yang telah dirampas selama ini!
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
05 November 2013

Catat Ulasan

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis