Nuffnang

Penaja

Ahad, 3 November 2013

Pabila Manusia


Pabila manusia
Mula hilang faham
Makna maknawi
Apa itu perimanusia
Selayaknya dihumban saja
Ke kandangan
Walau berakal
Kerna
Buruk tingkah
Inikan laku latah
Seteruk lagi tarafnya
Hewan tak bertuan!

Pabila manusia
Mengikut telunjuk setan
Jangan diharap kembali
Ke pangkal jalan
Sewenangnya
Walau dipanggil
Walau dipimpin
Berontak jiwanya
Mencelakakan sesiapa
Sahaja ingin
Mengusik
Jalan mana yang dipilih
Kelak mereka bertanya
Semula
Siapa kau seperti tuhan
Ingin membenarkan kebenaran?

Tak terkedu kau menelan udara
Di kerongkongan?
Ini manusia menuai pagi
Hasilnya seketurunan mahu
Menikmati!
Jangan kau pelik
Melihat manusia sedemikian
Berombak jiwa raganya
Sesenang dipuput angin malas
Kerana
Mereka diasuh dari warga bunian
Yang entah adat resamnya
Berlainan melangkau ke mari
Membuat macam ragam yang
Langsung tak pernah dilihatkan
Orang kebanyakan dari
Zaman silam.

Inilah manusia di zaman sekarang
Susuknya manusia setanding tak terperi
Geraknya hewan setaraf tak terucap
Lagaknya setan sebaya tak pernah mengucap!

Putrajaya
03 November 2013

Adakah Kita Terus Mendiamkan Diri
 

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis