Nuffnang

Penaja

Jumaat, 28 Jun 2013

Menanti Jumaat Yang Syahdu


Dalam tangis sendu
Yang tak terpadam
Menanti
Jumaat yang syahdu
Bertali rindu
Terdakap erat
Ketenangan
Selepas ribut datang
Hanyut
Hingga ke penghujung
Nafas
Sesak
Tersandar.

Di ruang
Penuh tenang
Menanti
Jumaat yang syahdu
Di penghujung waktu
Bergegas
Terbawa arus
Membina atas
Desak dunia
Hilang di kaki jiwa
Yang tewas
Dikalahkan tuntutan.

Jumaat yang syahdu
Terdakap erat
Tinggal
Tak dilepas
Untuk mereka
Yang tewas
Menebus
Sesal
Hingga ke hujung nafas.

Kampung Melayu Subang
28 Jun 2013


Catat Ulasan

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis