Warga nusa
Semakin gelisah
Terbelenggu resah
Bertambah lelah
Mundur mandir
Teriak herdik
Malapetaka berpunca
Jerih tak sudah
Retak menanti belah
Makin goyah
Apabila
Bersadur amarah.
Tragedi resah
Yang menambah lelah
Berlaku sudah
Walau ia ulangan
Ramai yang
Awalnya
Menyepi
Apabila parah
Berceratuk konon
Ke meja runding
Tak kurang juga
Ke kuda pusing
Langkah yang perlahan
Terarah sia-sia cuma.
Ke mana hilangnya
Semangat persaudaraan kita?
Walau ada anjing
Yang menyalak
Meruncing buluh
Berteriak gaduh
Tinja dibubuh
Bodoh yang sukar diasuh
Kita semua asalnya
Dari rumpun yang sama
Perihal masalah
Yang mendatang
Usah kita
Mematah lidah
Menusuk jari menikam
Ke pesalah
Yang mungkin disalah.
Tragedi resah
Yang menambah lelah
Telah pun berlaku
Menanti ia berlalu
Simpan sahaja
Api amarah
Yang marak itu
Kerana
Sedang kita
Menghentak
Teriak herdik
Malapetaka berpunca
Menusuk jari menikam
Si pesalah
Yang mungkin disalah
Kita mudah lupa
Yang
Kita
Anak kita
Juga menambah punca.
Paya Jaras
23 Jun 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan