Nuffnang

Penaja

Ahad, 9 Jun 2013

Oh Tuhan

Oh Tuhan,
Aku ingin berbisik pada-Mu
Malam ini,
Aku bersujud padamu
Ketika ini,
Tiada ku meminta
Selain dari-Mu
Selama ini,
Ku syukuri segala rahmat-Mu

Oh Tuhan,
Aku punya harapan.
Tiap jiwa yang kosong
Pasti ingin dipenuhi,
Tiap jiwa yang lara
Pasti ingin dimengerti,
Tiap jiwa yang sengsara
Pasti ingin disenangi.

Oh Tuhan,
Tiap insan perlukan teman.
Walau segagah mana pun,
Walau sehebat mana pun.
Begitu juga untuk
Insan sekerdil diriku

Tapi...
Aku tidaklah layak
Untuk wanita seikhlas
Siti Khadijah
Kerna aku tidak seagung
Muhammad
Aku tidaklah layak
Untuk wanita setulus
Siti Hajar
kerna aku tidak setaat
Ibrahim
Aku tidaklah layak
Untuk wanita sejelita
Zhulaika
Kerna aku tidak setampan
Yusuf
Aku tidaklah layak
Untuk wanita seindah
Balqis
Kerna aku tidak sekuasa
Sulaiman
Aku tidaklah layak
Untuk wanita setulus
Siti Fatimah
Kerna aku tidak setabah
Ali
Aku juga tidaklah layak
Untuk punya dua cahaya syurga
Kerna aku bukanlah sesiapa
Hanya si kerdil
Hamba sehina sahaya.

Oh Tuhan,
Kaulah Tuhan
Yang Maha Penyayang
Kerna...
Telah menganugerahkan
Wanita sebening
Siti Asiah
Untuk manusia sezalim
Firaun
Juga telah,
Menganugerahkan
Padaku seorang wanita
Pengisi kekosongan jiwaku
Peneman hidupku
Pengubat lukaku
Penghibur dukaku
Dialah isteriku.

Oh Tuhan,
Dalam kelam
Aku insafi diri
Sungguh agung Kekuasaan-Mu
Adil kerajaan-Mu
Untuk hamba sehina diriku
Walau diri ini
Tak sehebat Kekasih-Mu
Ku bermohon
Agar isteriku
Seteguh Arasy-Mu.

Terima kasih Tuhan
Atas segala rahmat-Mu
Tiada Tuhan
Selain diri-Mu
Tuhan sekalian alam.

Kampung Melayu Subang
10 Jun 2013
Catat Ulasan

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis