Nuffnang

Penaja

Isnin, 10 Jun 2013

Tika Malang

Tika malang
Datang bertamu
Khabar gembira
Tak sempat singgah
Dihalau keluar
Sesaat jua
Renyuk
Hati yang pilu
Bagai tidak mahu
Seinci pun untuk dimengerti.
Tika malang
Datang bertamu
Khabar gembira
Tak sempat singgah
Dituba racun
Paling bisa
Sesaat jua
Bertimpa
Jiwa yang lara
Bagai tidak mahu
Seinci pun untuk diubati.
Tika malang
Berlalu semusim
Khabar gembira
Yang amarah
Tak mahu singgah
Merajuk diri
Meninggal jejak
Tak mahu pulang.
Yang tinggal berkesan
Walau tak terlihat
Terpandang sekali cuma
Mengerti
Tercampak kembali
Ke dunia sepi.
Paya Jaras
10 Jun 2013
Catat Ulasan

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis