Nuffnang

Penaja

Khamis, 5 Disember 2013

Lima Profil Manusia Beruntung


Assalamualaikum w.b.t

Apakah definisi menjadi seorang muslim jika kita tidak meletakkan sasaran menjadi yang beroleh kejayaan dan mampu menjadi yang terbaik di dunia dan di akhirat kelak?

Apa yang menjarakkan kita dengan apa yang dipanggil kegagalan menjadi seorang muslim yang beroleh keberuntungan?

Akidah Yang Sejahtera
Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT semestinya manusia memerlukan suatu dasar dan peraturan hidup yang akan membentuk disiplin, kemantapan iman serta ketaqwaan seseorang bagi memandunya menuju keredhaan Allah SWT
Bermanfaat Untuk Orang Lain
Setiap muslim perlu sentiasa meletakkan diri untuk memberi perkhidmatan yang dapat dimanfaatkan oleh agama, bangsa, dan negara. Pemikiran sebegini amat penting supaya terbina individu yang berkualiti, keluarga yang bahagia seterusnya terbentuk masyarakat yang sedar dan peka dalam segenap aspek kehidupan.
Ibadah Yang Benar
Tuntaskan ibadah yang merupakan kewajipan kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini kerana ia adalah 'tiket' untuk kita ke syurga. Ibadah yang benar-benar terbaik adalah ibadah yang dilakukan semata-mata bagi mendapat keredhaan Allah SWT dengan berbekalkan pemahaman serta penghayatan yang tinggi.


Gambar Hiasan
 Bijak Menjaga Masa
Sesungguhnya kita telah menzalimi diri sendiri apabila membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. Dalam sehari, mari kita hitung bagaimana 24 jam itu dibahagikan?

Akhlak Yang Mantap
Akhlak atau tingkah laku, perangai, tabiat, dan adat kebiasaan merupakan sifat, perbuatan atau tindakan yang dizahirkan dengan mudah tanpa perlu dipaksa. Ia bertapak utuh di dalam diri dan menjadi cerminan manusia dalam menilai buruk sesuatu perbuatan atau amalan.
Artikel Dari 

Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadi titik pertemuan kita dalam beroleh keinsafan dan bersama-sama menuju kejayaan yang sebenar dalam kehidupan kita ini.

Sekian,
Wassalam




Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis