Nuffnang

Penaja

Sabtu, 2 November 2013

Apa Itu Bahan Pewarna (Cochineal)? Halalkah Di Sisi Islam?

Assalamualaikum w.b.t
 Bahan perwarna (cochineal) tidak asing bagi kita. Di gunakan secara meluas dalam produk makanan dan pembuatan. Tahukah anda apa itu "cochineal" itu?
Sekadar Hiasan
Cochineal adalah serangga di dalam keluarga Sternorrhyncha suborder. Serangga ini hidup dalam genus Opuntia (kaktus) , memakan kelembapan dan nutrien tumbuhan.Serangga ini menghasilkan asid carminic yang mencegah pemangsa. Asid carminic , biasanya 17-24 % daripada berat kering serangga , boleh dikeluarkan dari badan dan telur kemudian dicampurkan dengan aluminium atau garam kalsium untuk membuat pewarna merah tua , juga dikenali sebagai cochineal.

Selepas pigmen sintetik dan pewarna seperti alizarin dicipta pada abad ke-19, pengeluaran semula jadi pewarna secara beransur-ansur berkurangan. Kebimbangan kesihatan terhadap makanan tambahan tiruan, bagaimanapun, telah memperbaharui populariti pewarna cochineal , dan permintaan yang meningkat telah membuat penanaman menguntungkan. Rujukan

Di Ladang Penternakan Cochineal
Setelah mengetahui asal usul cochineal ini bagaimana pula hukum penggunaannya di sisi Islam? Adalah ia halal? Suci? dan tidak meragukan?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam. Muzakarah telah bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006%.
Keterangan/Hujah:
  1. Cochineal ialah bahan pewarna yang diambil dari sejenis serangga kecil. Serangga ini direbus (menghasilkan warna merah perang) atau dipanggang dalam ketuhar panas (menghasilkan warna kelabu) atau atas kuali panas (menghasilkan warna hitam) dan kemudian dikeringkan. Lima (5) kilogram serangga cochineal dapat menghasilkan satu (1) kilogram pewarna carmine.
     
  2. Cochineal berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Penggunaannya dalam makanan setelah diposterurkan amat sedikit iaitu dengan kadar 0.003% - 0.006%.
     
  3. Penggunaan cochineal didapati boleh membunuh mikrob-mikrob yang beracun dan ia tidak merbahaya kepada manusia dan juga tidak memberi kesan sampingan.
     
  4. Mengikut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah dalam Hasyiah I’anah al-Talibin, Juzu’ 1, halaman 89-90, penggunaan serangga ini adalah dibolehkan memandangkan ia merupakan jenis binatang yang darahnya tidak mengalir.
     
  5. Penggunaan serangga ini sebagai sumber bahan pewarna tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh memudharatkan. Berdasarkan kaedah asal di dalam hukum Islam di mana “Asal setiap sesuatu itu adalah harus”, maka ia boleh digunakan selagimana tidak mendatangkan mudharat dan dikawal.
Rujukan

Solidariti Untuk Setiap Nyawa Di Palestin

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis