Nuffnang

Penaja

Jumaat, 1 November 2013

Si Keparat Kononnya Si Korporat


Malu bergelar
Keparat
Selindung dibalik
Madah korporat
Bagaikan kami
Mudah amat
Menelan segala sisipan
Lidah tradisimu yang
Kerap amat
Menipu sana sini!
Hati nuranimu yang
Sehitamnya lohong hikmat!
Sedalam diketahui.

Apabila mula
Disisihkan dari
Rasa merucup hangat
Mula kau meracau
Mengugut
Dirampas segala yang dijaja
Padahal telah lama
Direnggut rompak secara terhormat
Inikan pula dalam diam.

Ini bicara bukan
Menyebelah sesiapa
Baik di sini
Atau
Di seberang sana
Kerana
Keduanya sama sahaja
Sekufu dalam
Bicara merompak
Asalkan ada yang perlu
Dilambung tombak
Pantas sahaja selinap
Apabila terpalit sama
Dijerit pekik lolongnya
Tak mengaku sama keduanya!

Inilah dia
Digelar keparat
Kononnya korporat
Kerjanya hanya tahu
Menusuk siung berasah
Hingga kering kontang
Daging kulit dan tulang temulang!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
01 November 2013

 

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis