Nuffnang

Penaja

Jumaat, 22 November 2013

Bicara Untuk Adikku Yang Kecanduan


Adikku yang tergedik tari di kandang sana
Mari ke sini sebentar.

Adikku yang melalak sumbang di tong sampah sana
Mari turun sekejap.

Adikku yang bagai tiada lagi ciri manusia itu....
Tak mengapa,
Jauh sedikit sahaja abang pinta.

Abang di sini mahu mengisah
Mengambil sedikit masa
Yang sia-sia kalian buangkan itu
Sebentar cuma.

Jangan ditanya mengapa
Saudara kalian si rempit
Tak dijemput sama
Kerana
Mereka itu ingin disenandungkan payah
Banyaknya nanti membantah
Keras membentak tak mahu
Mendengar cakap
Tunggu nanti menggelepar di atas jalan raya
Di situ akan abang ajarkan
Bagaimana untuk mengucap syahadat
Itu pun jika sempat
Sebelum...
Kalian sendiri tafsirkan.

Bukan ingin abang ajarkan
Bagaimana
Cara memancut paling nikmat
Helah mengemut tak penat!
(Untuk apa?
Sedang kalian ramai telah amat fasih tentangnya!)
Abang ingin menyedarkan kalian
Dari khayal candu yang berkurun
Tak ditukar ganti tembakaunya
Basah lembap berkulat
Air liur dari moyangmu dahulu
Itu pun kalian
Enak asyik nikmatnya
Menyedut dari
Setengah abad yang lepas!

Sedar atau tidak
Setelah ramai dari kalian
Yang ingin berjaya di tangga usaha
Ramai yang menggguling jatuh kembali
Gerun kononnya dengan
Hari muka yang penuh
Penipuan(?)
Persundalan(?)
Penghipokritan(?)
Dan ada juga secara terang
Terjerat di lubang-lubang jerat
Masih berkubang di dalamnya
Meliuk lentuk dalam nikmat
Penuh kesakitan pembohongan(?)
Tak mahu mencapai tebing jalan keluar
Walau akan lemasnya
Menindih sempit sesama kalian
Tak mahu juga
Mencari apa yang tersedia halal
Yang ditetapkan tuhan.

Tak sedar dalam enak
Dimandulkan
Pendatang penyamun(?) yang mendatang sabung
Kita pula melukut malu
Pantas bersujud mahu
Terus dinikmatkan
Dengan miskin jiwa
Apatah lagi
Harta yang tak seberapa.

Dengki sesama
Terbongkah isi warisan
Diratah
Dibawa lari
Ke tanah seberang
Itu pun kau tak mahu
Sedarkan diri
Tetap juga berkelahi
Tentang tahi yang bersepahan
Di tengah belukar
Milik si harimaukah
Atau
Milik si babi hutankah!

Eh......!
Jangan sewenang mengata
Abang hanya si gila
Merapu raban tak berketahuan punca
Hanya pandai berbicara
Sedangkan sendiri
Hidup di bawah kolong
Makan minum tak sedar diuntung
Kalian itu sendiri pula bagaimana?
Hidup masih bergantung di kantung susu ibu
Tidur masih basahan pering hancing
Bertatih jalan kejap jatuh kejap tumbang?
Ha! Ha! Ha! Ha!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
17 November 2013

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis