Nuffnang

Penaja

Jumaat, 8 November 2013

Meniti Jaya

Dalam dekad
Lampau
Terpisah antara
Usaha dan tawakal
Doa dan air mata
Tangga-tangga payah
Itu didaki seteguhnya
Keringat membasah
Itu hanya saksi bisu
Mengalir hingga titisannya
Menjadi benih rimbun pengalaman
Mencari di balik
Angan yang memuncak
Ronta ingin sampai
Ke tandusan yang dibanjiri
Segala yang sakti.
Hingga sampai
Ke batu penanda
Untuk meniti jaya
Pertembungan oleh
Dua tanda
Yang perlu
Dimoleki
Diselidiki
Sehalusnya langkah
Yang ingin dibawa.
Di sini
Di batu penanda
Disempadani
Lelah tak berbaloi
Tekad yang digondol
Untuk terus mara.
Ada saksi
Ada bukti
Di sini
Ramai dahulu telah kecundang
Sedikit dahulu masih di titian
Jarang dahulu menghempas puas.
Dan
Adakah akan menoleh?
Atau
Adakah akan melangkah
Mengejar
Ke seberang jaya?
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
07 November 2013

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis