Nuffnang

Penaja

Sabtu, 30 November 2013

Segmen Penaja : Bifa's Collezion Vendors


Jemputan sebagai Vendor di Bifa's Collezion Boutique
Kami sedang mencari peniaga online/individu yang berminat untuk menyertai bersama-sama kami di dalam program Bifa's Collezion Vendors.

Maklumat lanjut :
Keperluan : Jualan Pakaian, Aksesori, Hijab, Beg Tangan, Kasut dan lain-lain
Terma : Kontrak (minimum 3 bulan)
Lokasi : Bifa's Collezion Boutique, 25-1 (Tingkat satu atas Collblog), Jalan Tasik Utama 8, Medan Niaga Tasik Damai (Lakefield), Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.

Manfaat :
- Kami menjual secara offline/walkin boutique. Kami akan menyediakan jualan tanpa mengenakan sebarang komisen.
- Kami menjual secara online di dalam laman sesawang kami (www.bifascollezion.com) untuk anda. Kami akan menguruskan dari pesanan, pembungkusan dan penghantaran. Kami mengenakan cas bayaran komisen bagi setiap pembelian online per item.
- Kami juga akan mempromosikan jenama/produk anda sekurang-kurangnya minimum 3 kali seminggu. Namun begitu, anda digalakkan mempromosikan produk anda yang boleh didapati di butik kami sekurang-kurangnya minimum 3 kali seminggu. Ini untuk memudahkan peminat-peminat rangkaian produk anda dan pelanggan-pelanggan baharu yang berminat.
- Kami akan mempromosikan jenama/produk anda di rangkaian sosial seperti Facebook Page, Instagram, Twitter, Dayre, dan Blog. Selain itu, kami juga akan mempromosikan jenama/produk anda melalui risalah, bunting dan banner.
- Penglibatan di dalam Bazaar Bulanan kami secara percuma.
- Tiada tambahan kos selain kos produk anda sendiri.

Sebarang pertanyaan dan soalan, anda boleh menghubungi kami di :

Email :- vendors.bifa@gmail.com / triglobedynasty@yahoo.com / haidilsalam@gmail.com
Telefon :- 0123367792 (Rinawati)



Khamis, 28 November 2013

Damai

Gambar Hiasan

Damai ini telah lama
Dirindu mesranya
Sejauh kalbu yang merintih
Mencari jalan pulang
Dari sesat kegersangan
Bermusafir di tanah
Paling asing.

Semakin lama
Semakin terasa jauh
Hilangnya punca
Di balik rintih
Yang hilang perlahan
Kewarasan yang dipinta.

Masih adakah lagi
Sisa-sisa yang menemukan
Rasa damai ini
Di balik pekik lolong
Yang lama mencengkam?

Entah...

Terasa bagai diperjudi
Dibuang jauh maruah diri
Demi hajat selama ini
Yang tak tercapai
Kerana
Mulut ini tetap bicara berhikmah
Anggota ini tetap melaku semah.

Damai yang dihajat
Belum pasti tergenggam erat
Jauh sekali merasa nikmat
Sebelum tanah memeluk melumat!

Kampung Kerinchi
Kuala Lumpur
28 November 2013


Rabu, 27 November 2013

Langkah Bertelingkah Menyanggah



Kita masih di sini
Menongkah
Menyanggah
Menyalah
Dalam arus bertingkah
Tak pernah kebah!
 Menghurung esak-esak
Tangis yang masih berbekas
Dari kisah semalam
Dalam mendesah
Arus membawa ke lurah.

Mengumpul segala ceruk
Nikmat mendesah
Cuba diunggul
Tahu bukan itu yang membangun
Kesan di balik kelubung!
 Mungkin sudah lumrah
Kesan runtuh seabad lamanya itu
Tak pernah dicuba untuk
Dibangunkan
Dan dipasak sedalamnya
Ketahanan
Selain dari sibuk sepusar
Mencari sekelumit salah
Untuk menyanggah
Sehingga kalah
Selamanya bertelingkah
Melakon tingkah
Si penjahanam siasah!

Kg Kerinchi
Kuala Lumpur
27 November 2013

Sinar Cahaya


Tika tembus jiwa ini
Menerawang jauh
Ke dasar paling gelita
Ke pusar paling huru hara
Ke dunia paling tak tentu hala
Direlakan sahaja jiwa ini
Diperlaku sewenangnya oleh
Pengemudi ke lembah kecewa
Pengolah ke gurun tanpa tawa.

Tertaut rapat keempat
Tulang berkerat
Serapat sendat
Mematikan langsung
Gerak usaha
Mengkhayal terisi terus
Membunuh sisa-sisa lamun
Yang cuba mengumpul teguh
Membangkit deria.

Dan saat pemutus
Memintas jiwa dan raga
Dari terus mengelamun
Jauh berteleku di dasar kecewa
Datang sinar cahaya
Menyerlah keliling tohor gelita
Menyilau mata
Menyedarkan dari mati selamanya
Tersentak sedar
Tahu telah lama
Karamnya berteritip
Dan jerit pekik semangat
Meronta untuk menyedut usaha semula
Deru berdarah memanas semula
Berdegup nadinya
Menyelinap hentak
Mewaras jiwa.

Setelah kembali ke permukaan
Jalan penghidupan
Yang tak sempat diseberangi
Ansur-ansur
Sinar cahaya malap tenggelam
Memaksa semula
Tulang yang lamanya bersisik keras
Dibantingkan menyambung semula perjalanan.

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
27 November 2013

 

Blog Review By Zayani Zulkiffli


Sedang berblogwalking terjumpa pula sebuah segmen review dari puan blogger yang manis. Lansung tak mahu melepaskan peluang yang ada untuk bersuai kenal dengan blogger lain, terus menyertainnya.

Review : The Other Side Of Me

1) Susunan dan dekorasi ditambah pemilihan warna yang menarik perhatian pembaca wanita. Bijak! (walaupun ramai pembaca lelaki yang turut tertarik sama).
2) Susun atur dan penggunaan emotikon yang menampakkan keceriaan dan kekemasan
3) Loading page yang tidak mengecewakan (Membanggakan)
4) Dan paling menarik ada - Energy Saving Mode - (Tahniah!)
5) Keseluruhannya amat tidak mengecewakan.

Sekian,
Wassalam.

Hadapi Masalah Dengan Bijak!


Assalamualaikum w.b.t

Setiap dari kita manusia biasa rendah atau tinggi darjatnya tidak akan terlepas dari mushibah, dugaan dan seribu satu macam masalah yang melanda. Bagaimana untuk kita menangani masalah dengan cara yang paling bijak dan yang pasti mengikut garis panduan sebagai seorang muslim yang sejati. Di sini saya kongsikan

CARA MENGATASI MASALAH



1.Sandarkan Harapan Pada Allah
 Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah. Rujukan/Perkongsian Dari

Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim, kita perlu mengambil ikhtibar dengan setiap dugaan dan cabaran yang mendatang. Jangan menjadikan sesuatu masalah itu menghalang kita dari terus berjaya, apatah lagi dengan sewenangnya kita mudah dalam berputus asa menyelusuri kehidupan yang sementara ini. Wallahualam.

Sekian,
Wassalam



Selasa, 26 November 2013

Rehatlah Sebentar

Gambar Hiasan

Rehatlah sebentar
Dari terus mengejar
Apa yang tak didapat
Lelah disurutkan
Penat diansurkan
Damaikan untuk
Bersedia ternoktah
Ketika benar-benar
Tahu sampai masanya.

Rehatlah sebentar
Melihat jejak yang ditinggal
Jauh terkebelakang
Mana tahu untung
Kesan-kesan yang lepas
Menjadi pedoman
Untuk mengejar terus
Ke hadapan.

Rehatlah sebentar
Ketika masih ada
Sisa-sisa nafas dengus
Yang terhela
Kiri dan kanan
Kerana
Sesudah terputus harapan
Ketika jatuh tumbang
Tak berharapan
Masih akan ada
Pautan memberi bantuan
Merelakan untuk bersama
Melangkah sehaluan.

Kampung Kerinchi
Bangsar
26 November 2013


Giveaway Peserta Bertuah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Jeritan Dari Dalam Kotak

Gambar Hiasan
 
Apa yang kau dapat
Teriak bising
Hanya berani
Dalam lingkup paling selamat
Diajak berunding
Hanya dibalas jeling
Takut gigil
Terketar boleh dilihat
Sejelasnya mengalir kencing!

Apa yang kau dapat
Menumbuk jentik
Cara paling jelik
Dalam ruang paling selamat
Diajak bertanding
Hanya dibalas kerling
Senak sentap
Memulas dapat dirasa
Sejelasnya pucat tiada banding.

Tiada apa yang kau dapat
Jika berani dalam
Ruang lingkup
Paling selamat sahaja
Keliling belum pasti
Mahu mendengar
Apa yang dijerit
Kerana masing-masing
Menjerit sama
Dari dalam kotak
Paling sendat
Dengan si penakut
Untuk melangkah keluar
Menemukan
Dunia sebesar benar
Yang jauh bedanya
Dari di dalam kotak sahaja!
 
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
26 November 2013
 
 

23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz

Isnin, 25 November 2013

Lidah

 
Lidah ini tak bertulang
Tiap butir perkataan
Hasil pertuturan
Yang bergetar halus
Di udara
Menuju terus menghentak
Ke perdu gendang telinga
Hanya untuk menusuk
Ke buritan jiwa
Agar terhiris rasa
Untuk tahu
Yang berhadapanmu ini
Belum tentu kawan
Belum tentu lawan
Bersenang dipermainkan
Hati dan perasaan!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
25 November 2013


Puisi Untuk Hero

Gigihnya bangkit
Dari duka perit
Sakit yang terus menggigit
Dihambat manusia
Yang hilang akal warasnya
Hampir diputuskan usaha
Ihsan insan berjiwa besar
Datang mencerahkan khabar
Datang menambahkan sinar
 Tegas ada manusia di kalangan binatang gila!

Dalam duka
Dimamah kecewa
Tentang dunia
Tentang manusia
Masih ingin meneruskan juga
Ilham dari sang pencinta
Mendamaikan
Untuk berdiri tanpa ada penyesalan
Membalas jasa yang diberikan
Ingin tetap diteruskan!

Dan bibit mesra
Terpancar indah
Dari kasih menggunung
Di sekeliling
Pantas membawa ke
Peneraju mercu tanda
Yang setiap bernyawa punya hak
Menghasil gelombang tak sudah
Hasil deru keinsafan memuncak
Melawan penindasan
Yang bukan sekadar sekejap
Runtun jiwa yang dihambat penyesalan
Ia berbekas
Tersiat dalam tiap-tiap
Hati yang ada di dalam!

Sesudah bangkit dari perit
Memberi nampak jiwa yang buta
Mengais sisa nyawa tertumpah
Bergelut dalam kasih yang membuak
Tidak tersia!
Damailah.

Dari dunia yang telah
Lama hilang peri manusia
Perit pedih dirimu
Penat lelah tuanmu
Tetap akan tersemat di kalbu
Kami manusia
Yang dahulu sesat
Dalam perlumbaan sia-sia
Mendakap dunia!
Terima kasih.
Setelah mencermin
Semangat gigih
Akhirnya kami manusia
Yang masih lagi tak layak bergelar insan
Tetap perlu belajar
Dari jiwa
Yang sering ditendang-tendang!
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
25 November 2013

Ahad, 24 November 2013

Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com


Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com sejumlah RM255 Topup untuk dimenangi! Klik banner atau klik SINI untuk join !

Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com dianjurkan oleh Mojat dan disponsor oleh Adam Faiz,Fatin Farhanah,Munirah Rahman,Aina roseberry,Ana Ahmad,Cik Amal,Kasih Lestari Abadi,Anis AMira,Izyanyancinnamon,Maisarah,Hawa Syazana dan coretanku inpirasiku !

Yahudi Di Iran?


Assalamualaikum w.b.t.

Seringkali di dada akhbar terpampang ugutan-ugutan dari pihak di Israel akan menyerang Iran. Pelbagai lagi sekatan dan ugutan diberikan sekutu kuat Israel pula iaitu Amerika Syarikat serta Badan Dunia yang bacul. Namun, tiada apa yang berlaku selain dari jentikan isu semata. Tahukah kita di Iran sendiri antara negara yang komposisi yang beragama Yahudi teramai di dunia? Sedangkan dicanangkan Iran adalah sebuah negara Islam?

Jangan kita mudah terpengaruh dengan lakonan si penguasa Syiah di Iran ini yang sesat lagi menyesatkan. Dalam teriak hebat mempertahan Islam (kononnya) di sana juga biak langsungnya musuh Islam itu sendiri?

Baca rencananya Di Sini

Jangan nanti, kita terikut-ikut rentak bersuara tanpa mengetahui punca apa di sebalik sesuatu isu itu sendiri. Persiapkan diri kita dengan segenap ilmu pengetahuan agar tak mudah terpengaruh dengan propaganda-propaganda yang melemahkan ukhwah kita sesama Muslim dengan dakyah penipuan golongan yang jauh menyimpang dari agama.

Sekian,
Wassalam.




Kita Yang Menggenggam Janji


Kita yang menggenggam janji
Kejap erat tak akan berlepas
Kerana;
Saling percaya
Saling waspada
Untuk bersama
Lena di peraduan seharian
Tanpa sedikit kerisauan
Mati di awangan.

Kita yang menggenggam janji
Tahu beratnya
Apa dikendong
Tahu jauhnya
Apa dikejar
Untuk memuas apa
Yang telah termeterai
Agar tak tercerai
- Pecah nyawa
Di hadapan
Yang menyengkang kita
- Pecah jiwa
Di hadapan
Yang Maha Menguasa.

Kita yang menggenggam janji
Takkan mahu sesaat
Apa yang digenggam
Terlepas
Terlucut
Dek angan sia-sia
Yang dibisikkan si pendusta.

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
24 November 2013

 

Sabtu, 23 November 2013

Preview Puisi : Aku Ingin Terus Di Sini


Apabila mula terasa selesanya meninggalkan hidup sia-sia di dalam kota, kembali ke alam buana, damai... Tak mahu lagi pulang menuntut bela kehidupan yang melumba. Namun, masih belum sampai ketika untuk dibersarakan dari tanggungjawap yang dipikul sumpahan kehidupan tanpa hentinya di kelam kotaraya. Klik Sini Untuk Baca Sepenuhnya

Jumaat, 22 November 2013

Jumaat Hanya Untuk Muslim


Assalamualaikum w.b.t
 
Apakah yang membezakan antara kita seorang beragama Islam dengan selainnya?
 
Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: "Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani".- Riwayat Bukhari

Huraian Hadith:
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.
2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.
4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak. Rujukan

 Oleh itu, sama-samalah kita menghayati kembali syiar Islam agar Islam itu sendiri tidak lagi diperkotak katikkan hanya kerana penganutnya tidak lagi menghayati makna sebenar syiar Islam. Semoga kita beroleh syafaat di akhirat kelak, InsyaAllah.

Sekian,
Wassalam


Bicara Untuk Adikku Yang Kecanduan


Adikku yang tergedik tari di kandang sana
Mari ke sini sebentar.

Adikku yang melalak sumbang di tong sampah sana
Mari turun sekejap.

Adikku yang bagai tiada lagi ciri manusia itu....
Tak mengapa,
Jauh sedikit sahaja abang pinta.

Abang di sini mahu mengisah
Mengambil sedikit masa
Yang sia-sia kalian buangkan itu
Sebentar cuma.

Jangan ditanya mengapa
Saudara kalian si rempit
Tak dijemput sama
Kerana
Mereka itu ingin disenandungkan payah
Banyaknya nanti membantah
Keras membentak tak mahu
Mendengar cakap
Tunggu nanti menggelepar di atas jalan raya
Di situ akan abang ajarkan
Bagaimana untuk mengucap syahadat
Itu pun jika sempat
Sebelum...
Kalian sendiri tafsirkan.

Bukan ingin abang ajarkan
Bagaimana
Cara memancut paling nikmat
Helah mengemut tak penat!
(Untuk apa?
Sedang kalian ramai telah amat fasih tentangnya!)
Abang ingin menyedarkan kalian
Dari khayal candu yang berkurun
Tak ditukar ganti tembakaunya
Basah lembap berkulat
Air liur dari moyangmu dahulu
Itu pun kalian
Enak asyik nikmatnya
Menyedut dari
Setengah abad yang lepas!

Sedar atau tidak
Setelah ramai dari kalian
Yang ingin berjaya di tangga usaha
Ramai yang menggguling jatuh kembali
Gerun kononnya dengan
Hari muka yang penuh
Penipuan(?)
Persundalan(?)
Penghipokritan(?)
Dan ada juga secara terang
Terjerat di lubang-lubang jerat
Masih berkubang di dalamnya
Meliuk lentuk dalam nikmat
Penuh kesakitan pembohongan(?)
Tak mahu mencapai tebing jalan keluar
Walau akan lemasnya
Menindih sempit sesama kalian
Tak mahu juga
Mencari apa yang tersedia halal
Yang ditetapkan tuhan.

Tak sedar dalam enak
Dimandulkan
Pendatang penyamun(?) yang mendatang sabung
Kita pula melukut malu
Pantas bersujud mahu
Terus dinikmatkan
Dengan miskin jiwa
Apatah lagi
Harta yang tak seberapa.

Dengki sesama
Terbongkah isi warisan
Diratah
Dibawa lari
Ke tanah seberang
Itu pun kau tak mahu
Sedarkan diri
Tetap juga berkelahi
Tentang tahi yang bersepahan
Di tengah belukar
Milik si harimaukah
Atau
Milik si babi hutankah!

Eh......!
Jangan sewenang mengata
Abang hanya si gila
Merapu raban tak berketahuan punca
Hanya pandai berbicara
Sedangkan sendiri
Hidup di bawah kolong
Makan minum tak sedar diuntung
Kalian itu sendiri pula bagaimana?
Hidup masih bergantung di kantung susu ibu
Tidur masih basahan pering hancing
Bertatih jalan kejap jatuh kejap tumbang?
Ha! Ha! Ha! Ha!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
17 November 2013

Khamis, 21 November 2013

Aku Follow Blog Kau by Mizz Wenn

 Klik Sini

Due Date : 25 November 2013
Jam : 9 malam

Rabu, 20 November 2013

Berdusta Dibolehkan Jika.......


Assalamualaikum w.b.t

 Geli hati ini apabila, melihat teletah anak buahku yang baharu memasuki ke Tadika. Colotehnya terkadang tak terjangka akan diluahkan oleh si kecil ini. Pernah aku bertanya kepadanya mengapa tak ke sekolah hari ini? Pantas sahaja dia menjawap tidak sihat. Lalu aku memeriksa suhu badannya tak pula terasa demamnya. Dengan tersengih kambing dibisikkan kepadaku "adik demam olok-olok aje, bohong sunat." Aku hanya mampu menggeleng kepala dan sedikit senyum mendengarkan jawapannya itu.
 Apabila terjumpa akan tajuk 'Bohong Yang Dibolehkan' ini pantas aku teringat peristiwa yang berlaku antara aku dan anak buah kesayanganku itu. Apa yang dimaksudkan bohong yang dibolehkan sedangkan bohong atau tipu itu sendiri ditegah oleh junjungan mulia S.A.W terhadap umatnya?

Gambar Hiasan
Hadith :

Daripada Ummi Kulsum Binti 'Uqbah bin Abu Mu'ait RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik". - Riwayat Muttafaqun A'laih

Terdapat tambahan dalam Riwayat Muslim,
Ummi Kulsum berkata, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam 3 keadaan : Peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya : seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu".

Huraian Hadith :

1. Islam tidakmembenarkan umatnya berdusta kecuali perkara-perkara tertentu sahaja untuk maksud kebaikan.

2. Antara perkara-perkara yang dibolehkan berdusta ialah untuk :
    - Maslahah perang
    - Mendamaikan antara manusia yang bersengketa dengan menyampaikan kata yang baik daripada satu pihak yang lain walaupun sebenarnya kata-kata itu hanya direka.
     - Menjaga hubungan antara suami dengan isteri. Rujukan

 Dengan sedikit perkongsian, dapatlah kita memahami situasi yang membenarkan kita untuk berdusta. Namun, janganlah kita mengambil mudah dalam soal ini, kelak nanti akan menjerat kita kemudia hari kelak. Berhemahlah sentiasa seperti kata-kata pepatah Melayu, "tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak selerak".


Inilah Kehidupan



Ronta resah
Bertelingkah
Ghaib dan nyata
Membuat gopohnya
Setiap laku
Menjadi tak terkesan
Untuk menundukkan
Amuk jiwa yang membadai
Dari mula saat detiknya
Kelam bayang-bayang mula
Mengusik jahat.

Dicuba pesan khazanah
Berkurun lama
Tak berbekas jua
Meredakan
Bingit yang mencengkam
Resah yang melingkar
Buntu
Mana lagi hendak dituju
Kocak tak tenang ini
Dialirkan ke tenang
Permukaan dan dalaman.

Bagaimana untuk diruntuhkan
Dinding-dinding halangan
Ke jalan keluar dari
Kekusutan menyesakkan ini?

Sesak seksa ini tak dapat
Ditanggungi walau
Telah berlalu sebentar
Peritnya.

Yang dihadapkan tak seindah
Apa yang dikhabarkan.

Inilah kehidupan
Yang baharu
Setapak
Aku memulakan.

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
20 November 2013


Selasa, 19 November 2013

December GA

Shisha, Apa Hukumnya Di Sisi Syarak?


Assalamualaikum w.b.t

 Pernahkan di antara kita ketika sedang menjamu selera di medan selera, terputus dan terganggu selera setelah diasak asap yang amat menyesakkan pernafasan. Bukan asap tipis rokok yang sememangnya merimaskan tetapi asap dari sedutan paip shisha? Pernah bukan?
 Bukan ingin menuduh penggemar shisha ini tidak tahu bagaimana untuk menghormati orang sekeliling dengan gangguan pencemaran udara yang dilakukan mereka, namun itulah yang berlaku. Dengan kepul asap yang berkali ganda dari asap rokok, bau yang harum tetapi amat menyengat bayangkan dihidu oleh ibu mengandung?
 Adakah mereka langsung tiada sensitiviti terhadap keadaan sekeliling? Kepada pelanggan Muslim pula tidakkah mereka mengetahui aktiviti yang mereka lakukan adalah HARAM di sisi syarak?

Sekadar Gambar Hiasan

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut :

1. Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah HARAM. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan shisha.

2. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syar'yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji. Rujukan 

 Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita seharusnya peka terhadap garis panduan yang telah di tentukan mengikut lunas-lunas syariat dan bukan sekadar mengikut hasutan nafsu semata-mata. Untuk kita melihat para penggemar shisha untuk melakukan perubahan dan dapat menghormati hak orang sekeliling amatlah payah dapat disaksikan, namun atas usaha kita dalam menerangkan dan menyedarkan golongan ini bukan sekadar mereka beroleh manafaat, tetapi kita juga nanti.

Sekian,
Wassalam.




Segmen : Jom Main Blogwalking


(klik banner kalau nak join)
Account Twitter saya:
Fanpage saya:
Faedah menyertai segmen ini...
1. Mendapat kenalan rakan blogger yang baharu.
2. Meningkatkan trafik blog
3. Meningkatkan follower blog
4. Mempromosi account twitter dan fanpage untuk difollow dan like secara percuma.
Tunggu apa lagi? Jom lah join! KLIK SINI atau klik banner di atas...

Segmen Blogwalking & Follow by YAYA


ASSALAMUALAIKUM

"Segmen Blogwalking & Follow by YAYA"
Syarat-syarat segmen mudah maybe hehehe..
  • Follow blog YAYA bagi yang masih tak follow
  • Follow twitter YAYA, dijamin followback *tak ada tak apa* 
  • Tajuk post : Segmen Blogwalking & Follow by YAYA
segmen sehingga bulan JANUARI 2014

Siapakah Kita Untuk Menghina Orang Yang Melakukan Kejahatan?

 Seringkali setelah kita membaca akhbar atau berita mengenai kes-kes jenayah, akan terpacul dari lidah kita tanpa atau dalam sedar kata-kata keji dan nista kepada si pelaku jenayah. Walhal, ada sesetengah kes itu masih dibicarakan di dalam mahkamah.
 Ada juga apabila terjadi sesuatu yang buruk di sekeliling kita, dengan pantas kita menjatuh hukum dan merendah-rendahkan martabat seseorang yang melakukan kesalahan. Mengapa? Adakah kita yang ada bersangkutan dengan perkara itu atau tidak mempunyai hak untuk mencaci nista dan menghina pelaku jenayah tersebut?

Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Apabila seorang hamba sahaya perempuan melakukan zina dan telah nyata zinanya maka sebatlah ia (dengan 50 kali sebatan) tetapi janganlah menghinanya (dengan kata-kata kesat), kemudian jika dia berzina lagi (buat kali keduanya), maka sebatlah dia tetapi janganlah menghinanya. Kemudian jika dia berzina lagi buat kali ketiganya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali daripada bulu(haiwan)”.- Riwayat Bukhari & Muslim.
Huraian Hadith:
- Seorang hamba sahaya perempuan yang melakukan zina wajib disebat sebanyak 50 kali dan haram menghina dengan kata-kata kesat terhadapnya.
- Pemilik hamba sahaya perempuan wajib menjual hamba itu jika hamba itu telah berzina sebanyak 3 kali sekalipun dengan harga yang sangat murah.
- Islam mengajar umatnya supaya tidak menghina seseorang sekalipun dia telah melakukan perbuatan yang buruk.
- Kita disuruh memisahkan diri daripada golongan maksiat atau memulaukan mereka supaya tidak bergaul dan bermuamalat dengan mereka.
- Walaupun hamba itu disuruh supaya dijual tetapi tuannya mestilah memberitahu keaibannya (iaitu suka berzina) kerana penjual wajib memberitahu ‘aib barang yang hendak dijual.
 Oleh itu, jangan kita sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata kesat lagi memalukan kepada sesiapa sahaja walaupun mereka telah melakukan kejahatan yang maha dasyat. Kelak kita sendiri mendapat kemurkaan oleh Allah S.W.T. Semoga kita sentiasa dihindari dengan perkara-perkara yang merosakkan dan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Kuasa.
Sekian,
Wassalam.

Disedarkan



Pantas masa yang berlalu
Sedar dalam tandus jiwa
Kontang rasa dalam bernafsu
Sesat dalam ronta rintih rindu
Hinggakan detik yang datang
Diingatkan tanggungan yang hampir terlucut
 Oleh orang
Yang lalu lalang
Dan sesuatu yang hilang lesap
Perlu dicari sepantas agar tak terus terlepas
Untuk keberapa kali terkhilaf
Khayal dalam kesedaran
Yang dipinta untuk terus diberi nafas.

Bukan mudah disedarkan
Tentang yang telah hilang
Diingat hilang jauh
Tak diketahui makin samar
Sudah kelamnya bayang-bayang
Kosong ditarik kegelapan
Sesak disenak tegang ghairah
Yang menyesatkan dari
Jalan yang telah tetap
Lurus hingga ke penghabisan.

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
19 November 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis