Aku ingin terus
Tinggal di sini
Sesudah bertapak
Sedekad
Tinggal di sini
Sesudah bertapak
Sedekad
Rasanya
Walau sehari cuma
Berjejak kaki
Di tanah basah
Lembap
Segar udaranya
Tenteram suasananya.
Walau sehari cuma
Berjejak kaki
Di tanah basah
Lembap
Segar udaranya
Tenteram suasananya.
Aku ingin
Terus
Tinggal di sini
Jauh dari
Pikuk kota
Yang merimaskan
Jauh dari
Perlumbaan
Sesama manusia
Yang sentiasa
Menjatuhkan
Jauh dari kesesatan
Yang entah
Ke sekian banyaknya
Jerumus jerlus
Terhinggap kini.
Di sini
Segalanya
Tenang
Segalanya
Mudah
Tanpa banyak
Bicara
Dengan sedikit
Usaha
Bercambah
Bahagianya
Tak perlu
Terburu lagi
Sesat di sini
Masih mampu
Mencari
Lorong-lorong
Permulaan
Perjalanan.
Segalanya
Tenang
Segalanya
Mudah
Tanpa banyak
Bicara
Dengan sedikit
Usaha
Bercambah
Bahagianya
Tak perlu
Terburu lagi
Sesat di sini
Masih mampu
Mencari
Lorong-lorong
Permulaan
Perjalanan.
Aku ingin
Terus tinggal di sini
Jauh dari segalanya
Terus tinggal di sini
Jauh dari segalanya
Namun
Dalam angan
Dengkur yang panjang
Jerit tangis,
Derum kenderaan,
Sesak nafas,
Asap racun,
Gempita cahaya,
Mengejutkan aku
Tentang
Tanggungan
Yang aku lepaskan
Untuk mencari
Damai
Seketika cuma.
Dalam angan
Dengkur yang panjang
Jerit tangis,
Derum kenderaan,
Sesak nafas,
Asap racun,
Gempita cahaya,
Mengejutkan aku
Tentang
Tanggungan
Yang aku lepaskan
Untuk mencari
Damai
Seketika cuma.
Ya,
Layakku bukan
Di sini
Belum tiba
Masanya lagi
Di hutan konkrit
Berlumba seadanya
Saling menjatuhkan
Layakku bukan
Di sini
Belum tiba
Masanya lagi
Di hutan konkrit
Berlumba seadanya
Saling menjatuhkan
Memijak bahu
Yang di bawah
Tempat memburu
Di padang sesat
Yang entah
Mana satu
Lorong mulanya
Lorong hinanya
Hidupku di situ
Perlu dijalani
Tempat memburu
Di padang sesat
Yang entah
Mana satu
Lorong mulanya
Lorong hinanya
Hidupku di situ
Perlu dijalani
Seperti sediakala.
Sampai ketika nanti
Masa untuk
Kembali berbakti
Akan aku
Tinggali
Segala kekacauan
Jiwa ini
Dan bertamu
Kembali ke sini
Untuk menuju hakiki
Sambil membasuh
Jiwa kotor ini
Sebelum belayar
Masa untuk
Kembali berbakti
Akan aku
Tinggali
Segala kekacauan
Jiwa ini
Dan bertamu
Kembali ke sini
Untuk menuju hakiki
Sambil membasuh
Jiwa kotor ini
Sebelum belayar
Ke dunia abadi
Ku harap akan
Diberi sempat
Untuk aku kembali
Ku harap akan
Diberi sempat
Untuk aku kembali
Ke lembah
Penuh sunyi
Penuh suci
Tak mahu aku
Berkubang noda
Berterusan
Di lumpuran
Di hujung kuala ini!
Tak mahu aku
Berkubang noda
Berterusan
Di lumpuran
Di hujung kuala ini!