Nuffnang

Penaja

Khamis, 3 Oktober 2013

Jika Dahulu


Jika,
Sekarang kau
Sudah berubah
Tiada apa lagi yang
Mampu aku ucapkan
Selain dari
Syukur sepanjang-panjangnya.

Jika,
Sekarang kau
Lebih bahagia
Dipimpin
Mengiring sepanjang
Jalan menuju
Syurga Tuhan
Tiada apa lagi yang
Mampu aku lakukan
Selain dari
Tangis gembira segembiranya.
Jika,
Dahulu hatimu
Cukup keras
Sekarang
Telah lembut ia
Tiada apa lagi yang
Aku mampu katakan
Selain dari
Istiqamahlah dalam kehidupan.

Jika,
Dahulu lakumu
Cukup menghiris
Sekarang
Telah terhapus ia
Tiada apa lagi yang
Aku mampu tangiskan
Selain dari
Berbahagialah nikmati kehidupan.
Kampung Melayu Subang
03 Oktober 2013



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis