Nuffnang

Penaja

Jumaat, 18 Oktober 2013

Berkali Jatuh, Bila Lagi Akan Bangkit Semula?


Assalamualaikum w.b.t.

 Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari mengalami saat-saat kejatuhan. Dari segala sisi pandangan kehidupan ini. Apakah mungkin setelah berulangkali luka berdarah setelah jatuh dibiarkan tak sembuh? Atau disembuhkan lantas terus dibiarkan tak mahu diteruskan?

 Saat paling getir dalam kehidupan kita adalah saat perubahan. Ada yang berjaya ada yang tidak. Dan ada juga yang ditakuk lama. Takut atau tak mahu?



 Luka paling pedih. Ubat paling mujarab. Di mana?

 Saat inilah yang amat diperlukan adalah dorongan dan sokongan. Siapa? Kalau bukan dari keluarga dan rakan yang benar bersahabat dengan kita. Setiap insan akan melalui perubahan ini. Yakinlah yang kita akan berjaya. Dan apabila telah dilihat tiada upaya untuk dijayakan perubahan itu, kembalilah ke jalan Tuhan Yang Maha Esa. Dialah tempat mengadu. Tempat digantungkan segala kebergantungan.

Sekian,
Wassalam.


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis