Nuffnang

Penaja

Selasa, 8 Oktober 2013

Bila Sudah Tidak Percaya Lagi


Bila sudah
Tidak percaya lagi
Walau dahulunya
Seteguhnya
Mempercayai
Pasti!
Sia-sia sahaja
Rasanya
Yang dituai
Langsung
Dicabul rompak
Tandus kontang
Dari segala
Macam
Perasaan.

Sakitkah
Hati ini?
Tidak.

Sakitkah
Jiwa ini?
Tidak

Sakitkah..
Tidak sama sekali!

Biarlah
Yang pergi
Disambar api itu
Jangan dipinta
Untuk kembali
Kerana
Pasti
Sangat pasti!
Yang dapat
Hanya
Sakitnya
Bukan kepalang!
Walau inginnya
Tidak terhalang!
Bila sudah
Tidak percaya lagi
Apa gunanya
Dinanti
Walau cuba ditaati
Meminta untuk
Diringani
Kau tahu
Bisik hati
Yang tak pasti
Sudah tiada
Lagi
Bererti.

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
08 Oktober 2013



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis