Malam ini kembali lagi
Kembali untuk
Menghambat
Jiwa yang sedang
Sembuh dari
Dipukul ribut
Yang tak beri
Peluang
Untuk kukuh
Berdiri.
Mengapa?
Ketika ribut
Semakin tenang
Dan
Badai semakin
Menghilang
Datang pula
Pelbagai
Cubaan demi cubaan
Menyiatkan hati ini.
Luka yang belum
Sembuh
Apatah lagi
Kering sendiri
Ditusuk
Kembali
Berkali-kali
Tanpa mengambil peduli
Mampukah aku
Kembali mengharungi
Untuk mengubati
Luka ini sendiri.
Mengapa?
Berkali-kali
Aku tertanya-tanya.
Kampung Sungai Sekamat
Kajang
06 Oktober 2013