Nuffnang

Penaja

Khamis, 17 Oktober 2013

Di Cerun Sesal


Apa lagi yang tinggal
Setelah kau
Tidak lagi
Menyakini
Dengan
Sebenar-benarnya
Debar jiwa
Kecamuk ronta
Untuk terus dewasa.

Kau nafikan
Terus
Kau diamkan
Terus
Kau matikan
Terus.
Di akhir
Lintasan
Tatkala
Tiada lagi
Tempat untuk
Bertaut
Mana lagi
Kau akan
Melangut?
Di sisa hujung
Pernafasan
Yang kau tahu
Dipinjam
Sedetik cuma
Jangan terus
Berkubang
Ego yang
Memalitkan
Kotornya keras
Ke jiwa.
Kerna
Di cerun sesal
Sana
Tiada lagi
Beroleh
Peluang kedua.
Hadapilah..
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
17 Oktober 2013

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis