Assalamualaikum w.b.t.
Seringkali kita membaca dan mendengar akan penderitaan saudara seagama kita di Palestin yang dipermain-mainkan oleh rejim bangsat Israel. Apa yang kita dapat berikan bantuan selain doa dan bantuan wang ringgit ke sana? Mengangkat senjata?
Sedar atau tidak (walau telah dicanang beberapa kali oleh pihak tertentu) kita sendiri telah menghantar setiap butir peluru yang meragut nyawa tak berdosa di Palestin hanya dengan lalainya kita telah menggunakan beberapa produk yang secara terang menyokong rejim bangsat ini. Ingatlah, setiap sen yang kita belanjakan untuk menerima perkhidmatan syarikat-syarikat yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan terhadap negara haram Israel ini, membawa lebih banyak kemusnahan dan penderitaan.
Di sini, disertakan beberapa produk dan syarikat yang berkenaan untuk kita sama-sama mengambil langkah-langkah seterusnya bersama.
COCA COLA
Pada tahun 1997, delegasi misi ekonomi Israel memberikan penghargaan anugerah Israel Trade Award kepada Coca-Cola di atas kesetiaan mereka memberi bantuan kepada negara itu selama 30 tahun. Coca-Cola juga menolak seruan Liga Arab untuk memboikot Israel.
Pada tahun 2002, Coca-Cola membangunkan kilang di atas tanah milik tulen Palestin yang dirampas Israel.
Antara produk yang berafiliasi dengan Coca-Cola adalah Dr Pepper, Fanta, Fruitopia, Kia Ora, Lilt, Sprite, Sunkist, dan Schweppes.
Mc DONALD'S
Menurut Chicago Jewish Community Online ( laman web rasmi milik Dana Syarikat Yahudi Chicago), Ibu Pejabat Besar Mc Donald's Corporation yang berpengkalan di luar Chicago adalah cabang perniagaan Syarikat Dana Yahudi (Jewish United Fund-JUF) dan Federasi Yahudi (Jewish Federation) yang berperanan dalam menjaga kepentingan dokongan ketenteraan, ekonomi, dan diplomatik Amerika Syarikat, mengawasi pemberitaan media ke atas Israel.
Salah seorang CEO Mc Donald's iaitu Jack M Greesberg adalah anggota kehormat Badan Dagangan dan Industri Amerika-Israel (Israel-America Chamber of Commerce)
JOHNSON & jOHNSON
Pada tahun 1998, wakil perusahaan Johnson&Johnson, Roger S Fineon, menerima penghargaan Jublee Award dari Perdana Menteri (PM) Israel, Benyamin Netanyahu.
Penghargaan tertinggi itu diberikan atas dasar kesetiaan bantuan dalam memperkuat ekonomi Israel.
DANONE
Pada tahun 1998 juga, Danone juga seperti Johnson&Johnson menerima penghargaan Jublee Award dari Perdana Menteri (PM) Israel, Benjamin Netanyahu. Danone Institute, sudah didirikan di Israel sejak Julai 1998.
Danone dikenali dengan memiliki banyak variasi jenama air mineral di seluruh dunia. Di Asia, Danone tampil dengan jenama Yilli, di Indonesia adalah Aqua, di China adalah Wahaha. Dan di Malaysia, antara produk Danone yang terkenal adalah Oreo, Aqua, Ritz dan keju Kraft.
NESTLE
Nestle merupakan syarikat makanan yang terbesar di dunia. Kehadiran utama Nestle di Israel di Sderot, sebuah penempatan yang diasaskan pada tahun 1951 satu kilometer dari Semenanjung Gaza yang dibina di atas tanah-tanah yang bandar Palestin Al-Najd, merupakan detik etnik Palestin dibersihkan pada tahun 1948.
Pada tahun 1998 juga, Nestle menerima penghargaan Jublee Award dari Perdana Menteri (PM) Israel, Benjamin Netanyahu. "Penghormatan yang tertinggi yang pernah diberikan oleh negara Israel dalam mengiktiraf individu dan organisasi, melalui pelaburan dan hubungan perdagangan, dan dalam mengukuhkan ekonomi Israel."
L'OREAL
L'oreal juga telah menetapkan Israel sebagai pusat perdagangan di Timur Tengah dan telah meningkatkan pelaburan dan pembuatan produk di negara haram itu.
STARBUCKS COFFEE
Direktor Starbucks, Howard Shult, dikenali juga sebagai aktivis Zionis yang tegar. Tahun 1998, dia diberi penghargaan di dalam Israeli 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award oleh Jerussalem Fund of Aish Hatorah.
" Mendukung Yahudi dengan secangkir kopi", ungkapan tersebut sering berlegar dan sering ditujukan kepada penggemar Starbucks Coffee.
Di sini hanyalah sedikit sebanyak yang dapat dilampirkan sedang masih banyak lagi produk-produk yang berkait rapat dengan Israel.
Setelah mengetahui beberapa perkara ini adakah anda tetap tidak terdetik untuk menghentikan penghantaran dana peluru dan keselamatan yang akan merobek jiwa dan nyawa penduduk Palestin?
Jangan berasa janggal untuk meninggalkan terus jenama yang sentiasa kita gunakan. Di Malaysia sendiri mempunyai barangan dan produk walau tidak setaraf dengan pengiklanan dankualitinya namun dapat kita mengelakkan dipersoalkan "MENGAPA ketika diberi peluang membantu, yang kau hantarkan cuma PELURU hidup kepada kami.Mengapa?"
Sekian,
Wassalam.