Nuffnang

Penaja

Jumaat, 4 Oktober 2013

Mencari Jalan Keluar. Bagaimana Ingin Meneruskan Perjalanan Ini?


Assalamualaikum w.b.t

 Setelah lamanya berada dalam kerunsingan, terasa dunia ini sentiasa tidak mahu menyebelahi diri ini. Acap kali apa yang diusahakan sentiasa kurang memuas hasilnya. Hampir terduduk berputus asa ketika mana ujian datng menghimpit dan tak mahu lagi meneruskan hidup ini, isterilah yang banyak memberi keyakinan untuk diteruskan kisah hidup ini. Walau kurang yakin pada mulanya, kerna jiwa ini mula meronta dan rapuh jua. Isteri yang banyak memberi dorongan dan menarik kembali diri ini untuk kekal istiqamah demi masa depan kami sekeluarga.



 Berulang kali diyakinkan dengan kesabaran dalam menempuh dugaan ini. Tak jemu isteri disisi memberi motivasi. Siapalah kita sebagai suami yang mampu berdiri sendiri tanpa sokongan erat dari isteri?
 Dan kini, sinar di jalan keluar dalam kemelut jiwa ini semakin menerangi. Diperkuatkan tekad untuk terus melangkah demi diri sendiri ,isteri dan keluarga yang sabar menanti untuk aku terus berjaya dalam kehidupan ini. Terima kasih wahai isteri, yang tak jemu berada di sisi. Pernahkah anda melalui situasi yang sama ketika ini?



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis