Assalamualaikum w.b.t
Ambillah masa seketika dalam arus hidup yang sentiasa pantas dalam mengejar dunia. Ingatlah sentiasa bahawa akan hakikat penciptaan manusia di atas dunia.
Basahkanlah lidah dengan zikir dan puji-pujian kepada tuhan. Hidup yang memberat akan sentiasa diringankan. Segala yang payah akan sentiasa dipermudahkan.
Ringankanlah diri untuk sentiasa mengingati. Tiada apa yang payahnya dalam mengejar tuhan. Yang pentingnya hati dan niat yang sememangnya menjadi penentu hidup kita.