Nuffnang

Penaja

Jumaat, 11 Oktober 2013

Bersediakah Kita Saat Diuji?





Assalamualaikum w.b.t

 Diuji. Samada kita benar-benar bersedia atau sebaliknya ujian akan bertamu jua. Rela atau tidak. Ujian menampakkan perwatakan terpendam. Mematang dan menyesuaikan walau sekasar mana pun ujian melanda, utuhnya manusia perlu bimbingan. Apabila ujian yang mendatang memberi jalan pintas ke kegelapan kehidupan, serahkan jiwa tohor yang serba lemah ini sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa. Mungkin disebalik denai perjalanan menempuh ujian itu terdapat titipan kasih jalan penyelesaian mahupun utusan memimpin tangan kita mencari penyelesaian.



 Redhakanlah diri ini dibadai ujian yang mendatang. Walau peritnya, percayalah kita layak mendapat perhatian setelah berusaha mencari jalan keluar kembali ke pangkuan kehidupan.
Yang berlalu biarlah menjadi pengajaran dan yang mendatang disediakan segala macam persedian kerana kelak kita yang digelar manusia ini tak lekang dengan kesilapan dan ujian-ujian sepanjang jalan kehidupan mencari erti penghidupan.


 Jangan nanti, sesudah selesai menabur budi setelah terhimpit ujian yang mencengkam, kita terus lalai dengan riak yang sentiasa mencari kesempatan menguasai jiwa yang kehausan ke jalan kesesatan.

Sekian,
Wassalam.

 

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis