Nuffnang

Penaja

Rabu, 9 Oktober 2013

Takdir Yang Mendepangi. Bagaimana Ingin Meneruskan Perjalanan Ini?



Assalamualaikum w.b.t

 Kita adalah manusia yang rapuh. Mudah amat hancur pabila ditabrak selumat oleh takdir yang tak mahu mengenali siapa kita. Walau diri ini berdarjat atau sekadar capal yang hina, semuanya merasa libas perit takdir yang telah akan teriring setiap kali gugurnya daun usia sehari-hari.


Sering kali kita sebagai manusia, terhimpit dengan perasaan tertekan sejurus ditolak deras takdir yang mendatang. Ada yang nekad berusaha menggapai kembali apa yang diingini, dan tidak kurang juga yang meninggalkan sia-sia usaha yang dibina.
 Kita sering diingatkan dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar, usaha,tawakal dan doa adalah senjata yang perlu diguna untuk melintasi titian duga yang sentiasi merintangi perjalanan hidup ini.


Soalnya berapa ramai yang tertewas begitu sahaja? Sebilangan jua yang benar berjaya walaupun berantai seksa dan air mata.
 Tinggalkan segala perasaan ragu yang sentiasa membelenggu. Bangkit berulang walau tidak punya kudrat untuk terus melangkah. Yakinlah, pada bantuan Yang Maha Esa yang bakal mendatang. Teruskan kisah gagal dan air mata ini untuk kelak nanti di puncak jaya, ada bekal yang boleh dikongsi bersama dalam meneruskan perjalanan menuju hakiki nanti.

Sekian,
Wassalam.



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis