Nuffnang

Penaja

Rabu, 2 Oktober 2013

Perubahan Fasa Kehidupan. Bagaimana menangani keadaan yang sukar begini?


Assalamualaikum w.b.t
Setiap manusia akan melalui beberapa fasa perubahan dalam kehidupan ini. Ada yang bertambah maju dan tidak kurang juga bertambah mundur. Dan inilah yang sedang aku lalui sekarang. Melihat rakan-rakan yang dahulunya sama berlari memasang angan-angan semakin maju dalam kehidupan.

Ada yang setelah tamat pengajian telah pun berjaya dalam pekerjaan dan perniagaan yang diceburi. Ada juga yang telah mempunyai empayar perniagaan sendiri. Ada juga yang sedang memperkukuh sendi perniagaan tanpa bantuan. Semoga segala yang rakan-rakan lakukan akan sentiasa beroleh kejayaan.


Tetapi, aku hanya termenung melihat segala yang berlaku. Hanya mampu tersenyum bangga dan menumpang kegembiraan sahaja di atas kejayaan mereka. Aku masih lagi tercari-cari jalan keluar yang masih tak ditemui setelah diselungkup kelam sekian lama. Bagaimanakah akan diteruskan kehidupan ini? Hanya mampu termenung. Semoga sentiasa dipermudahkan. Pernah tak anda melalui perubahan fasa kehidupan seperti saya ketika ini? Bagaimanakah untuk dihadapi saat-saat sukar begini? Mohon dikongsikan bersama.

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
01 Oktober 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis