Nuffnang

Penaja

Rabu, 23 Oktober 2013

Yang Pasti


Yang pasti
Jangan kau
Sesali
Setiap
Yang dilakukan
Pasti beroleh
Timbangan
Yang saksamanya.

Yang pasti
Tatkala
Kau tak pasti
Untuk
Merengkuh hidup
Atau
Menongkah arus
Yakinlah
Di jiwa
Kerana
Nanti
Yang bergetah
Tangannya
Kau
Bukan sekadar
Di pelupuk nangka.

Yang pasti
Suka dan duka
Pahit dan manis
Pasti
Bersilih
Bukan kekal
Tak
Berkalih.

Yang pasti
Bersedialah.

Tersedukah
Tersenyumkah
Tergadai nyawakah?

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
22 Oktober 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis