Nuffnang

Penaja

Selasa, 8 Oktober 2013

Mimpi Indah


Tak mahu
Aku
Bangkit dari lena
Yang asyik ini
Untuk menerjah
Kembali
Berlari
Disakiti
Impian
Yang tak pasti
Sedang
Di sini
Aku mampu
Untuk terus memintas
Segala macam
Impian
Yang aku sendiri tak mungkin
Capai sendiri.
Aku tahu
Ini sekadar mimpi
Acuan kehendak
Yang tak didapat
Peroleh sendiri
Dari dunia
Realiti.
Salahkah
Untuk aku
Terus menghuni
Dunia fantasi
Meninggalkan
Segala macam
Yang aku sendiri
Tak fahami?
Jauh mana pun
Berilusi
Aku tetap pasti
Ia akan kembali
Pada permulaan
Kisah asli
Yang gagal
Untuk
Aku penuhi.
Sebelum berakhirnya
Mimpi indah ini
Aku ingin sekali
Merasa
Nikmat enak
Jaya tak diusaha
Demi...
Ah!
Aku telah
Berjaga kembali
Ke dunia realiti!
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
08 Oktober 2013

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis