Nuffnang

Penaja

Jumaat, 4 Oktober 2013

Keduniaan. Bagaimana Untuk Kita Tenang Beribadat Sedang Hati Masih Terikat Dengan Keduniaan?


Assalamualaikum w.b.t

 Nukilan ini bukanlah untuk mengatakan diri ini terlalu tawadhuk dalam mengerjakan ibadah kepada Allah S.W.T. Sekadar berkongsi rintih jiwa ini dengan pengalaman yang baharu sahaj dilalui ketika sedang ingin mengerjakan Solat Jumaat.




 Sesudah solat sunat tahiyatul masjid, azan kedua dilaungkan muazin. Mata ini, tak tahu mengapa begitu liar memerhati susuk tubuh di sebelahku yang asyik dengan handphone pintarnya dari tadi. Mungkin ada urusan yang mustahak sedang diuruskannya aku ingin berfikiran baik.
 Namun begitu, telatahnya agak menganggu jemaah yang lain termasuk aku. Nada panggilan suara dan mesej bergema. Sedangkan pak khatib telah memulakan khutbahnya. Seusai khutbah dan solat akan didirikan aku terlihat yang saudara di sebelahku tadi masih tak kelihatan mahu melepaskan sebentar urusan dunianya sejenak.
 Dan seperti yang ku duga, sewaktu sedang solat handphonenya berdering kembali. Deruan panggilan dan mesej silih berganti. Nada dering yang agak kuat semestinya mengalihkan ketenangan jemaah yang lain untuk bersolat. Apatah lagi aku yang disebelahnya. Lantas, deruan panggilan yang tak putus-putus itu menyebabkan dia membatalkan solatnya dan langsung keluar dari saf. Aku tak tahu ke mana perginya.
 
 
 Aku tak mahu menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya. Namun, disebabkan perbuatan yang agak mementingkan diri sebegitu menyebabkan orang lain terganggu dalam melaksanakan ibadatnya. Terkadang kita sendiri alpa dalam kehidupan dan melakukan kesilapan yang sama. Mengapa kita sering terikat dengan keduniaan sedang kita sedang ingin beribadat? Bagaimana kita ingin mencari-cari ketenangan dan kedamaian dalam beribadat? Semoga kita terhindar dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar.


Sekian,
Wassalam.




Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis