Sedari semalam
Tegap berdiri
Ke sana ke mari
Berlari
Tak mahu
Berhenti.
Apa yang dicari?
Sedari semalam
Teguh bersimpuh
Ke sana ke mari
Mengensot
Tak mahu
Berhenti.
Apa yang dicari?
Bolehkah ditemui
Dalam segala sakti
Yang telah dijampi
Melekat rekah berapi
Tak mungkin
Kau sedari
Kerana
Sedang asyik
Kau
Untuk menari
Aduh,
Terkhilaf diri
Ku ulangi
Kerana
Kau
Sedang asyik
Untuk mencari.
Apa yang dicari?
Masih tak ditemui?
Mana mungkin terjadi
Kau mencari
Di pentas tari
Sambil
Mehempas kaki
Mata melilau sana sini
Mencari
Di celah
Kaki seksi
Yang sedari tadi
Asyik menari
Ditolak
Ke sana ke sini.
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
12 Oktober 2013