Aku ingin terus bernafas
Setelah semusim aku lemas
Ombak yang menghempas
Tak henti tak lepas
Walau musimnya
Terkadang ganas
Setelah semusim aku lemas
Ombak yang menghempas
Tak henti tak lepas
Walau musimnya
Terkadang ganas
Terkadang keras
Mana mampu berterus lemas?
Mana mampu berterus lemas?
Dahulu,
Ketika masih aku
Berjejak tanah
Ketika masih aku
Berjejak tanah
Upaya untuk berlari
Aku ingin terbang
Jauh ke angkasa
Yang bukan tempat
Destinasi takdirku
Yang akhirnya
Terjunam jatuh
Jauh ke pusar dunia
Yang mengguling
Sesak nyawa ini.
Aku ingin terbang
Jauh ke angkasa
Yang bukan tempat
Destinasi takdirku
Yang akhirnya
Terjunam jatuh
Jauh ke pusar dunia
Yang mengguling
Sesak nyawa ini.
Aku ingin terus bernafas
Tak mahu untuk
Terus lemas
Sudah cukup rimas
Bantulah aku
Untuk lepas bebas!
Tak mahu untuk
Terus lemas
Sudah cukup rimas
Bantulah aku
Untuk lepas bebas!
Kampung Melayu Subang
04 Oktober 2013