Nuffnang

Penaja

Sabtu, 26 Oktober 2013

Mendaki Ke Langit

 
Aku ingin
Mendaki ke langit
Setelah bosan
Hidup melata di bumi
Hidup sebagai biasa sahaja
Hidup cuma menghabiskan
Sisa ehsan tuhan
Hidup dikurung
Tak dibenar berangan.

Aku sedang
Mendaki ke langit
Tempat ribuan
Mergas tak dikenal
Tempat yang
Dijunjung selamanya
Tempat yang
Mungkin atau tidak
Layak dibuat penempatan.

Aku sedang
Mendaki ke langit
Menjejak ribuan usaha
Yang aku letakkan batu asasnya
Sedari bermula
Angan untuk menghuni di langit
Kau yang di bumi
Nantikan sahaja
Hujan air kencingku
Di langit ini
Tanda menghukum
Kamu yang membunuh nafsu
Angan ku suatu masa dahulu.

Nantikan sahaja
Ketika
Berjaya aku di puncak segala
Langit bukan lagi sekadar angan
Akan aku tunjukkan
Dengan segala kekuatan
Oleh itu,
Pinjamkan aku
Sedikit harapan
Untuk aku kembali pulang
Jika niat aku
Mendaki langit
Tak kesampaian.
 
Tak mengapa bukan?
 
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
27 Oktober 2013
 
 

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis